Tip Baru Jaga Rambut Buat Wanita Bertudung

Apakah produk popular yang wanita Malaysia suka?

Bertudung atau berhijab adalah sebahagian daripada tuntutan agama, begitu juga pentingnya menjaga kerapian dan kebersihan diri.

Justeru, apa yang ada di sebalik helaian tudung anda itu kenalah dijaga baik dan ianya sama penting seperti membersihkan bahagian tubuh yang lain.

Dengan rutin penjagaan rambut yang baik, anda boleh lalui rutin harian dengan lebih selesa dan berkeyakinan selain mengetepikan masalah lain seperti kerosakan akibat kepanasan atau rambut gugur.

Dalam satu siaran media eksklusif buat Jelita daripada Dyson Malaysia, syarikat pengeluar gajet kecantikan berkenaan berkongsi tip mudah diikuti berdasarkan sains rambut yang dikaji di makmal mereka. Jurutera Dyson mengkaji sains di sebalik rambut anda daripada akar hinggalah ke hujung, dalam dan luarannya. Mereka telah meluangkan banyak masa melihat rakaman cara wanita mengeringkan rambut mereka untuk memahami sains rambut sihat.

Gambar hiasan. Arkib Jelita: Pesona Fesyen, November 2018

 

Anda boleh cuba tip dikongsikan mereka ini:

1 of 7

1. Keringkan Rambut Sepenuhnya

Sama seperti lelap sebentar 15 minit, mengeringkan rambut sebelum anda keluar rumah juga adalah penting. Walaupun rasa hendak ketepikan langkah ini kerana gentar terlambat, memakai tudung dengan rambut basah boleh menjadi punca iritasi pada kulit kepala, rambut berminyak dan hujungnya terputus.

Ada dua cara mudah – bangun lebih awal supaya anda boleh lengkapkan rutin kecantikan anda dan kedua, laburkan pada gajet yang boleh bantu anda melengkapi rutin penjagaan rambut pada waktu pagi dengan lebih efisyen.

1 of 7