Tiga dalam satu!

Kenali jenama tempatan ini dengan keistimewaan tersendiri

Dunia fesyen kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Tiga jenama tempatan memperkenalkan jenama fesyen mereka yang santai dan menyelesakan. Masing-masing mempunyai fokus untuk jenama sendiri.

1 of 3

Mells, jenama fesyen wanita yang membentangkan pakaian harian buat semua wanita yang bekerjaya mahupun suri rumah. Mells yang turut menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019) yang lalu dengan melancarkan t-shirt ‘So, This Is Love…’ dengan kuantiti yang terhad bersama koleksi pertama Mells semasa peragaan fesyen berlangsung.

Jenama ini diasaskan oleh tiga orang kawan karib iaitu Alia Ismail, Arnieza Rosli dan Dada Anuar melalui bakat, minat dan menamatkan pelajaran bersama-sama dalam bidang seni dan reka bentuk. Fokus jenama ini adalah untuk memperkasakan wanita, menyemarakkan lagi cinta dan persahabatan mereka melalui fesyen jenama ini. Koleksi kedua Mells by Hannah Amin bakal dilancarkan dengan kerjasama Hannah Amin, pelukis muda yang berbakat dan baru berusia 6 tahun. Hannah Amin adalah anak kepada pengasas Mells iaitu Alia Ismail. Bakat si cilik itu akan diterjemahkan pada koleksi kedua Mells yang akan datang.

1 of 3