Tiada Lagi Tudung Berkedut!

Dengan Tefal, tudung anda akan tampak licin sentiasa

Sukar menggaya tudung jika kedutannya terserlah walaupun sudah digosok. Jelita bawakan seterika stim teknologi terbaru daripada Tefal yang bakal menjadi teman baik anda.

  1. Kini anda boleh jimat masa dan tenaga dengan adanya Pro Express Ultimate High Pressure Steam Generator Iron Tefal yang memudahkan tugasan menyeterika selendang anda, malah hasilnya licin bak sutera!
  2. Beri pakaian anda yang terbaik dengan kuasa stim padu dengan Pro Express Ultimate High Pressure Steam Generator Iron Tefal. Teknologi dandang tekanan tinggi terbarunya memberikan kecekapan gred profesional, sementara kawalan intuitif panel meletakkan prestasi di hujung jari anda serta sistem perlindungan berkali ganda membuatkan pakaian dan selendang anda kelihatan terbaik.
  3. Tugasan menyeterika juga menjadi lebih mudah kerana tekanan tinggi stim mampu menembusi empat lapisan fabrik lantas, keseluruhan proses pastinya menjimatkan masa.
  4. Di samping itu, anda juga tidak perlu resah dengan masalah selendang berlubang dek terkena seterika yang terlalu panas kerana teknologi Tefal ini mengandungi perlindungan berganda: di mana sistem lindungan menukarkan titisan kepada stim dan mengelakkan daripada menjadi kotoran.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Tefal di dalam Majalah Jelita edisi Julai 2019.