Tiada Lagi Beg Plastik & Kertas di H&M

H&M mahu anda guna semula!

Lebih banyak jenama fesyen kini memasuki laluan lebih mesra alam dan terbaru, H&M menyertai usaha lebih hijau ini.

H&M bakal mengenakan caj RM0.20 bermula 25 Julai 2019 untuk setiap plastik dan beg kertas membeli-belah di seluruh kedai H&M di Malaysia. Ia akan disumbangkan kepada projek WWF-Malaysia untuk melindungi sumber air tawar dengan mengurangkan jejak sisa di Setiu Wetlands, Terengganu dan Lembah Klang selama setahun.

Selain itu, H&M mengambil langkah jangka panjang untuk mengurangkan penggunaan pembungkusan dan beralih ke arah pembungkusan yang boleh digunakan semula, dikitar semula atau dibungkus menjelang 2025.

Justeru, H&M ingin menggalakkan pelanggan  untuk membawa beg sendiri yang boleh digunakan semula atau boleh dibeli di H&M.

H&M Sustainable

Tidak salah mahu berfesyen! Tetapi perlu juga tingkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai masalah pencemaran seterusnya mencari penyelesaian jangka panjang untuk ekosistem di Malaysia.

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Malaysia 2017, 11% daripada 477 sungai yang dipantau didapati tercemar.

Penyebab utama ialah pembuangan sisa ke dalam sungai seperti pembuangan plastik. H&M berharap para pelanggan akan beralih dari beg plastik sekali guna kepada beg membeli-belah yang boleh diguna semula.

Lihat juga: Barang preloved dari Jepun pertama dalam talian