Thavia Motions, Interpretasi seni bangunan dalam fesyen

Jenama fesyen Thavia menginspirasikan warna serta kesenian reka bentuk bangunan unik melalui rekaan pengukir arca lagenda Amerika, Alexander Calder dan Diego Cabezas, pengukir archa Sepanyol dalam koleksi musim luruh/sejuk 2018.
1 of 5

Jenama fesyen Thavia menginspirasikan warna serta kesenian reka bentuk bangunan unik melalui rekaan pengukir arca lagenda Amerika, Alexander Calder dan Diego Cabezas, pengukir archa Sepanyol dalam koleksi musim luruh/sejuk 2018. Alexander terkenal dengan mobiles yang inovatif dan warna-warni sekali gus menjadi ilham untuk label fesyen ini. Thavia juga memperkenalkan tona lebih neutral seperti nude,hitam dan putih sebagai warna tambahan untuk tona garang seperti merah, hijau limau dan biru dalam pakaiannya.

Busana cetusan Diego pula sebagai sokongan untuk seni rekaan antarabangsa  dengan mengenengahkan pereka solo yang memantulkan ciri estetik sama seperti Thavia.  Untuk koleksi ini, Thavia menghasilkan dua baju-t dan dua baju sejuk yang direka oleh Diego khas untuk koleksi ini.

1 of 5