Wanderlust + Co dan Daiyan Trisha di Zalora

Kolaborasi eksklusif hanya di Zalora sahaja!

Koleksi aksesori Wanderlust +Co bersama pelakon, panyanyi dan penulis lagu Malaysia, Daiyan Trisha kini boleh didapati secara eksklusif dalam talian di Zalora. Koleksi kapsul Bloom Within ini diilhamkan oleh bunga daisy dan inspirasi dari puisi Tulisan oleh Daiyan Trisha yang ditulis sendiri.

Imbau kembali ke zaman 90-an, koleksi ini bermotifkan bunga daisy dengan menghasilkan rantai Bloom Within, gelang tangan Self Love, gelang kaki Bloom Within, anting-anting Wild Flower, dan cincin A Little Sparkle. Daiyan Trisha turut mengambil inspirasi daripada Tulisan yang paling digemarinya iaitu Let it be, just grow beautifully.

 

Selain itu, Daiyan Trisha berharap setiap kepingan koleksi ini adalah untuk meraikan cinta pada diri dan kekal positif selari dengan tema koleksi ini. Ia mengenai wanita yang berada di mana saja untuk mula mencari dan melihat potensi yang ada dalam diri kita. Ia juga menyoroti keindahan melepaskan diri dan membenarkan diri kita berkembang secara natural.

Harga untuk koleksi Wanderlust + Co x Daiyan Trisha antara RM139 hingga RM219 boleh didapati secara eksklusif di Zalora.

Baca juga: Disney bekerjasama dengan dua jenama fesyen terkenal