Rekaan Klasik Jam Tangan Versus Versace Pasti Buat Anda Terpikat

Jam tangan Versus Versace tiada tandingan

Jam tangan adalah aksesori yang bukan sahaja penting pada kaum lelaki tetapi juga untuk wanita. Jam tangan bukan sahaja dilihat dari segi fungsinya tetapi juga pada rekaannya kerana rekaan jam tangan yang menarik mampu menarik perhatian.

Itulah yang telah disampaikan oleh koleksi jam tangan Versus Rèpublique yang menarik bukan sahaja pada kecanggihannya tetapi juga dengan rekaan neoklasiknya. Pada permukaan jam tersebut, terdapat corak guilloché yang sepadan dengan tekstur 3D di sekeliling case jam tersebut. Pada kedudukan jam tiga, enam dan sembilan terdapat angka jam yang besar dan pada kedudukan 12, terdapat nama jenama jam tersebut.

Permukaan putih klasik jam tangan ini dipadankan dengan empat versi warna menarik seperti biru, hitam dan summery lilac. Tidak dilupakan juga ciri asli dan ikonik Versus Versace iaitu empat kepala singa di bahagian tepi gelang jam tangan ini untuk memperkuatkan lagi rekaan jam tangan yang direka khas buat wanita yang ingikan butiran halus pada rekaan jam tangan mereka.

Antara ciri menarik jam tangan ini adalah:-

  • Case: Keluli IP Rose Gold dengan ukuran diameter 38 mm dan dihiasi dengan empat kepala singa pada bahagian lugs jam.
  • Kalis air sedalam 30 m atau 3 ATM
  • Pergerakan: Kuarza dengan tangan jam dan minit
  • Dail: Putih dengan penamat guilloché. Logo diletakkan pada bahagian jam 12.
  • Gelang Jam: Menggunakan keluli dua tona rose gold dengan butang deployment clasp

Koleksi Versus Timepiece ini boleh didapati di www.Solartime.com atau di butik Solar Time seluruh negara.