Peminat Park Shin Hye Banjiri Midvalley Megamall

Meriah sekali suasana di Midvalley dengan kehadiran Park Shin Hye

Tanggal 21 Jun lalu adalah tarikh bermakna buat peminat KPOP terutama sekali peminat aktress Korea, Park Shin Hye. Kehadiran pelakon Korea yang terkenal itu adalah untuk melancarkan produk terbaru daripada Mamonde iaitu Red Energy Recovery Serum di kedai Watsons di seluruh negara.

Majlis pelancaran itu diadakan di Midvalley Megamall yang dipenuhi dengan kehadiran peminat aktres itu. Park Shin Hye yang juga duta kepada jenama kecantikan itu tampil anggun dengan busana rona merah jambu. Peminatnnya menyambut kehadiran aktress itu dengan meriah sekali dan ternyata dia juga teruja berada di Malaysia buat kali kedua.

Fakta Menarik Mengenai Park Shin Hye

1. Park Shin Hye adalah seorang pelakon yang berbakat. Antara drama popular yang dibintanginya adalah:-

  • He’s Beautiful– Dia memegang watak sebagai biarawati yang menyamar sebagai kembar lelakinya yang juga ahli kepada kumpulan rock yang terkenal.
  • The Heirs– Memegang watak sebagai seorang gadis miskin yang menjalin hubungan cinta dengan anak orang kaya.
  • Pinocchio– Memegang watak sebagai seorang wartawan yang mempunyai Pinocchio Syndrome (mula tersedu apabila menipu)
  • Doctors– Memegang watak sebagai seorang remaja bermasalah yang akhirnya berjaya menjadi seorang doktor dan menjalin hubungan dengan bekas gurunya.

2. Park Shin Hye adalah peminat tegar sukan besbol. Dia adalah peminat Kia Tigers dan pernah dijemput sebagai opening pitcher di perlawanan pasukan tersebut.

3. Park Shin Hye juga bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi juga dalam bidang nyanyian dan juga tarian. Dia menyanyikan lagu OST untuk drama yang dilakonkannya dan pernah memegang watak sebagai pelajar teater yang berbakat dalam nyanyian dan tarian.

4. Pada Februari lalu, Park Shin Hye mengesahkan dia sedang menjalinkan hubungan dengan rakan pelakonnya iaitu Choi Tae Joon.

Red Energy Recovery Serum

Serum ini adalah produk premium oleh Mamonde yang dapat menangani penuaan kulit serta membantu untuk memulihkan dan menghidupkan semula kulit yang kusam dan mengembalikannya kepada tahap yang lebih optimum.

Diperbuat daripada dua ramuan utama iaitu delima dan Blossoming Energy, serum ini dapat memberikan kulit yang lebih licin, lembut dan bersinar daripada dalam dengan menguatkan halangan lembapan kulit dan mempromosikan kitaran putaran kulit.

The Blossoming Energy, yang berasal dari kajian bunga selama 28 tahun, adalah inovasi terkini daripada Mamonde. Ia adalah bahan aktif khas yang dapat membantu meningkatkan tenaga kulit.