Neelofa Dibantu Tommy Hilfiger Ketika Sesi Fitting

Bertuahnya Neelofa!

Baru-baru ini, pengacara dan selebriti terkenal, Neelofa telah berkesempatan untuk bertemu buat pertama kali dengan pereka fesyen tersohor, Tommy Hilfiger. “You look great,” itulah apa yang diluahkan oleh pereka fesyen tersebut saat dia melihat Neelofa.

Pertemuan itu telah berlangsung ketika Neelofa sedang mencuba busana daripada Tommy Hilfiger menerusi proses fitting.

“Ketika saya sedang mencuba baju, dia tiba-tiba muncul dan memberikan komen positif kepada busana yang telah saya cuba. Dia sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila dia mempelawa saya untuk bergambar bersama,”- Neelofa.

Neelofa yang kini sedang berada di New York sempena New York Fashion Week turut meluahkan rasa berterima kasih kepada pasukan Tommy Hilfiger yang sangat membantu ketika proses fitting. Tambahnya lagi, ahli kumpulan Tommy tidak kekok ketika menggayakan hijab untuknya.

Menurut Neelofa lagi, dia begitu gemar dengan busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger.

“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual. Jadi saya boleh melihat diri saya menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,”- Neelofa

Neelofa turut menamakan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger sebagai busana kegemarannya.