Lazada Bawakan Secara Eksklusif Koleksi Karl Lagerfeld oleh L’Oreal Paris

Boleh dapat bekalan solekan percuma selama setahun!

Berita gembira buat peminat kosmetik di luar sana. Rangkaian kosmetik edisi terhad Karl Lagerfeld x L’Oreal Paris terbaru akan dilancarkan dan dijual secara eksklusif di Lazada Malaysia, bersempena dengan Super Brand Day yang diilhamkan oleh ParisĀ  Fashion Week yang akan diadakan pada 1 Oktober 2019 di LazMall. Sesi unboxing koleksi ini akan disiarkan secara langsung semasa Minggu Fesyen Paris.

Tutorial solekan : See Now, Buy Now” menggunakan koleksi terbaru akan disiarkan secara langsung dari Paris ke Malaysia melalui aplikasi Lazada dan ini semua boleh dijayakan melalui ciri Shoppertaintment yang inovatif daripada Lazada. Menariknya, sewaktu siaran langsung ini, pembeli boleh membaca informasi mengenai koleksi istimewa ini dan klik untuk menyemak atau membeli produk L’Oreal yang menarik musim ini tanpa perlu meninggalkan siaran langsung tersebut.

Sepanjang minggu ini, personaliti terkenal Asia Tenggaraa akan mengadakan tutorial secara langsung yang memaparkan gaya mereka yang diilhamkan daripada Minggu Fesyen Paris. Senarai personaliti ini termasuk pelakon dan model tempatan, Anzalna Nasir, yang turut kongsikan gayanya secara langsung di Aplikasi Lazada pada 29 September 2019 jam lapan malam waktu Malaysia.

Pembeli juga boleh menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang dibenarkan oleh Lazada, yang dikenali sebagai “Magic Mirror” turut tersedia di aplikasi Lazada. Melalui fungsi terbaru itu, anda boleh mencuba sendiri pelbagai rona solekan daripada skrin telefon pintar. Tidak ketinggalan, baucer khas yang dikumpulkan semasa tutorial boleh ditebus semula pada hari jualan Super L’Oreal Paris yang akan berlangsung di LazMall pada tengah malam, 1 Oktober 2019 ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai hari jenama Super Brand Day L’Oreal Paris kerana banyak promosi dan tawaran menarik menanti anda sepanjang hari, antaranya;

  • Tonton tutorial solekan Minggu Fesyen Week di aplikasi Lazada bersama Anzalna Nasir untuk peluang membawa pulang baucar bernilai RM50.
  • Tawaran Tengah Malam sehingga potongan sebanyak 55 peratus dengan baucar tambahan sebanyak 20 peratus dari tengah malam sehingga dua pagi.
  • PERCUMA empat gincu Colour Riche Mini dan esen Crystal Micro, 22 ml dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 120.
  • Main permainan di LazGame dan menangi baucar bernilai RM 50.
  • Lima pembeli yang berbelanja minimum sebanyak RM200 akan berpeluang untuk menerima bekalan solekan secara percuma selama setahun bernilai RM 1,500.
  • *Tertakhluk kepada terma dan syarat.

Gambar: Instagram L’Oreal Official