Jenama Mewah Dunia Kini Dalam Talian!

Louis Vuitton lancar laman web e-dagang di Malaysia

Tidak asing lagi jenama mewah yang menjadi kegemaran orang ramai sebagai jenama fesyen paling terkenal di seluruh dunia. Buat peminat jenama Louis Vuitton boleh alami pengalaman baharu yang lebih mudah tidak kira masa dan dimana saja secara dalam talian di Malaysia. Laman web ini membenarkan orang ramai menyelam ke dalam dunia jenama mewah ini. Ia turut menyediakan pelbagai jenis produk eksklusif termasuk perkhidmatan tempahan khas secara dalam talian.

Pelanggan turut diberi pilihan samada mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah mengambil masa tiga hingga lima hari atau boleh mengambil barang yang dibeli di butik Louis Vuitton Starhill Kuala Lumpur.