Hanya 1 Minit Untuk Rambut Cantik Berseri

Tiga perapi untuk tiga jenis rambut

Sesuai dengan permintaan pengguna yang inginkan penyelesaian terbaik untuk jenis rambut yang berbeza agar rambut kelihatan cantik dan terpelihara, jenama penjagaan diri terkenal dalam industri kecantikan, Dove telah melancarkan rangkaian penjagaan rambut yang menampilkan tiga perapi yang membantu menyelesaikan tahap kerosakan bagi jenis rambut yang berbeza. Rangkaian 1 Minute Advanced ini terdiri daripada Dove 1 Minute Foam Conditioner, Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner dan Dove 1 Minute Serum Conditioner.

Setiap perapi rambut ini telah diformulasikan dengan teknologi unik yang memenuhi keperluan wanita yang mempunyai rambut yang halus, nipis hingga rambut berminyak dan rosak. Perapi ini berkesan mengubah dan memperbaiki rambut, menjadikannya tidak berminyak, cantik, lembut dan memberikan volume dalam hanya satu minit sahaja.

The Dove 1 Minute Foam Conditioner (RM 21. 20) telah direka dengan buih kelembapan kecil yang membaiki masalah rambut yang ringan sesuai untuk rambut yang nipis dan halus. Teknologi yang digunakan menjadikan perapi ini lebih ringan daripada kebanyakan perapi yang terdapat di pasaran.

The Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner (RM 18.75) mensasarkan wanita dengan masalah rambut berminyak dan rosak kerana Micro-conditioning Complex membantu memastikan rambut tidak berat, berminyak atau melekit. Manakala, The Dove 1 Minute Serum Conditioner (RM 16.30) pula menyediakan tahap Micro-conditioning Complex yang tertumpu sesuai untuk wanita yang memiliki rambut yang tebal dan mempunyai hujung rambut kasar atau telah mengalami haba melampau atau kerosakan daripada pewarna rambut.

Rangkaian perapi rambut Dove 1 Minute Advanced kini boleh didapati di semua kedai Guardian dan Watsons.