Hair Recipe Terapi Terbaik Untuk Rambut

Hanya menggunakan bahan semula jadi

Semakin banyak pengguna di seluruh dunia kini beralih kepada produk organik kerana produk ini menjadi trend dalam kesihatan dan juga kecantikan. Penjagaan rambut adalah contoh terbaik di mana kebanyakan pengguna mempunyai kecenderungan untuk memberi perhatian kepada ramuan semula jadi dan rumusan yang digunakan.

Dan, ini adalah moto Hair Recipe, syampu semula jadi mampu milik yang merangkumi dari perapi rambut dan masker untuk rambut. Ia mempunyai semua kebaikan produk rambut organik DIY (Do-it-yourself) yang dibuat dengan teknologi inovatif NutriBlend™ . Dicipta dengan pakar pemakanan Jepun, teknologi NutriBlend™ menggunakan kaedah yang tepat di mana ekstrak semula jadi digabungkan dengan rumusan formula yang maju dalam kelajuan, masa dan suhu yang sempurna untuk menghasilkan resipi utama untuk rambut yang sihat dan berkhasiat.

Lebih menarik lagi, Hair Recipe ini adalah produk penjagaan rambut yang bebas daripada parabens, gluten dan minyak mineral.

Semasa acara pelancaran Hair Recipe, chef selebriti, KC Choong dan Saintis Prinsip Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik, Saint Tiu telah bekerjasama dalam sesi demonstrasi secara langsung merumuskan ‘resipi terbaik’ untuk rambut menggunakan bahan Hair Recipe.

Syampu dan rawatan Hair Recipe boleh didapati dalam tiga variasi yang berbeza termasuk Honey & Apricot, Kiwi & Fig dan Apple & Ginger (530 ml) dan masker rambut Honey & Apricot (180 g) pada harga RM 34.80.

Dapatkan Hair Recipe di laman sesawang Watson atau aplikasi mudah alih yang boleh didapati di Google Play Store atau App Store. Untuk lebih maklumat lanjut, anda boleh ikuti Facebook Hair Recipe.