Cita Rasa Mewah Dengan Jam Tangan Bonia

Jam tangan mewah? Semestinya Bonia Timepiece

Jika anda inginkan gaya yang lebih mewah, maka jam tangan terbaru daripada BONIA Timepiece ini pasti sesuai dengan cita rasa anda.

Jam tangan BONIA siri BNB10521 ini dihiasi dengan 12 kristal Swarovski yang turut berfungsi sebagai penanda jam. Pada bahagian dalam dial jam tersebut dihiasi dengan permukaan kristal yang bersinar. Jam tangan Bonia Cristallo ini mempunyai case bulat dengan ukuran diameter 34 mm. Case jam tangan tersebut diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang boleh kalis air sehingga kedalam 50 meter.

Di dalamnya pula, terdapat pergerakan kuarza Jepun yang tepat untuk menggerakkan tangan jam, minit dan saat. Dial jam tangan ini disempurnakan dengan penutup kristal nilam berkualiti tinggi dan tahan calar yang telus untuk menunjukkan keindahan rekaan dial jam tangan tersebut.

Jam tangan ini hadir dengan empat kombinasi warna yang menarik seperti rose gold dengan biru, rhodium, rose gold dengan hitam dan juga emas. Dengan pilihan warna yang pelbagai, anda pasti tidak akan punya masalah untuk memadankan jam tangan ini dengan pakaian anda untuk menyerlahkan lagi penampilan. Melengkapkan keseluruhan penampilan jam tangan ini adalah tali keluli mesh yang memberikan efek sinaran sama seperti dial jam tangan tersebut.

Rangkaian Bonia Cristallo ini membuat penampilan sulung dengan siri BNB10521. Penggunaan kreatif kristal Swarovski pasti akan membuatkan kaum wanita terpesona dan tertarik dengan jam tangan ini. Jam tangan ini dijual pada harga RM668. Seperti semua jam tangan BONIA yang lain, jam ini boleh didapati di www.solartime.com, butik SOLAR Time dan kedai menjual jam mewah di seluruh dunia.