Charles Jourdan Tampil Dengan Jam Tangan Ranggi

Jam tangan Charles Jourdan ini mudah untuk dipadankan dengan busana yang anda miliki

Charles Jourdan kini kembali dengan rekaan jam tangan yang lebih ranggi. Dengan rekaan kerangka pada bahagian dial, koleksi jam tangan CJ1105 pasti akan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai jenis busana.

Koleksi terbaru ini boleh didapati dalam empat bentuk yang berbeza termasuk dua model edisi terhad. Empat model ini datang dalam empat warna berbeza iaitu rose gold, hitam, biru dengan rose gold dan coklat dengan biru ais untuk dua model edisi terhad iaitu CJ1105-1882LE dan CJ1105-1392LE.

Memiliki diameter 42 mm, ia mempunyai keluasan yang tepat untuk menempatkan kerangka dial yang mengandungi baton jam dan saat dengan kaunter saat pada kedudukan pukul empat. Logo Charles Jourdan pula diletakkan pada kedudukan jam tujuh.

Selaraskan jam tangan anda dengan crown yang terletak cantik pada kedudukan pukul 3 case jam tangan tersebut. Rekaan kerangka pada dial jam tangan itu memudahkan anda untuk melihat sendiri pergerakan cantik jam itu.

Pautan ‘H’ yang menyambungkan kepada case jam tangan ini memberikan aura berani kepada si pemakai. Di hujung gelang tersebut, terdapat cangkuk rama-rama yang selesa menambahkan tarikan pada jam tangan ini kerana ia akan melekap dengan sempurna pada pergelangan tangan anda.

Jam tangan ini dikuasai oleh pergerakan kuarza Jepun yang sememangnya boleh dipercayai dan tepat. Dial jam turut dihiasi dengan kristal nilam yang telus untuk memberikan penglihatan maksimum pada dial jam tersebut.

Kesemua case modelĀ ini dibuat menggunakan keluli tahan karat dan jam tangan ini mampu menahan rintangan air sehingga 50 meter.

Jam tangan menarik ini dijual bermula harga RM2,588 sehingga RM2,688 dan ia boleh didapati di butik Solar Time dan kedai menjual jam tangan mewah di seluruh negara. Anda juga boleh membelinya secara dalam talian di Solar Time.

CJ1105-1392LE (EDISI TERHAD)

CJ1105-1882LE (EDISI TERHAD)

CJ1105-1732A

CJ1105-1532A