Sempurnakan gaya Aidiladha dengan Poplook

Bukan untuk raya sahaja ianya juga boleh diangkat menjadi stail harian anda! 
1 of 8

Santai bersahaja dengan helaian polos yang menutupi aurat adalah antara tema yang sering dikaitkan dengan Hari Raya Aidil Adha. Antara helaian yang menjadi kegemaran wanita termasuklah jubah ataupun kaftan. Ada juga yang lebih selesa mengenakan kurung. Semua itu terpulang kepada citarasa individu.

Dalam meraikan Hari Raya Haji ini, jenama fesyen sopan, Poplook tidak ketinggalan mengeluarkan koleksinya sendiri. Fabriknya yang beralun, sejuk dan ringkas ditambah pula dengan potongan siluet serba moden menjadikan ianya antara helaian yang harus anda miliki. Bukan untuk raya sahaja ianya juga boleh diangkat menjadi stail harian anda!

1 of 8