Solekan Lebih Sempurna Tanpa Cela

Tutup cela wajah dengan concealer paling sesuai untuk anda

Antara langkah penting dalam merias wajah ialah menutup cela yang terlihat pada wajah seperti lingkaran gelap bawah mata, parut jerawat dan garisan halus. Barulah solekan tampak mulus dan sempurna.

Berikut ialah enam penyamar noda pilihan Jelita yang boleh membantu solekan anda agar kelihatan lebih kemas dan berseri.

Ini juga penting: 5 pembersih solekan bawah RM100

1 of 6

Maybelline Instant Age Rewind Concealer Medium, RM37.65

Cirinya unik, kerana hadir dengan span kusyen lembut pada hujung aplikator memudahkan aplikasi. Dirumus daripada ekstrak goji berry yang bukan sahaja boleh mengurangkan kesan gelap bawah mata, tetapi boleh membaiki tona kulit lebih sekata khususnya pada bahagian bawah mata.

1 of 6