Siapakah wajah baru Givenchy?

Kempen musim luruh dingin Givenchy dengan wajah baru! #ARIVENCHY
1 of 3

Givenchy mendedahkan wajah baru untuk jenamanya dengan penuh kegembiraan iaitu seorang wanita  yang kuat, berdikari dalam apa jua karakter dan gaya. Ariana Grande yang sangat berbakat dengan idea moden dan melambangkan suara generasi kerana Ariana telah muncul sebagai salah seorang yang paling berpengaruh dalam budaya pop hari ini. Seorang pemenang anugerah Grammy, penulis lagu dan penyanyi! Ariana sememangnya merangkumi semangat wanita Givenchy dengan wanita yang bersemangat, murah hati dan umpama cahaya kilat yang diselebungi dengan misteri.

“Saya bangga menjadi wajah baru Givenchy. Ia adalah satu jenama yang saya telah kagumi selama ini dan kini saya menjadi sebahagian daripada keluarga itu adalah satu penghormatan. Saya suka pakaian ini dengan keyakinan dan kegembiraan yang dimiliki oleh si pemakai. Bukan sahaja pakaian yang abadi dan cantik tetapi saya akan bekerja dengan Givenchy sebagai satu jenama yang dapat membuatkan orang lain berasa diraikan tidak kira siapa mereka dan apa sahaja yang mereka mahu jadi.” kata Ariana.

1 of 3