Shima Anuar Kekal Cantik Berseri Dengan Clinelle

Shima Anuar miliki wajah yang cantik berseri dengan Clinelle.

Jenama penjagaan wajah, Clinelle tampil dengan rangkaian Clinelle Age Revive yang telah diperhebatkan dengan formulasi unggul bagi memiliki wajah yang cantik berseri dan kekal muda.

Majlis pelancaran produk berlangsung dengan meriahnya di Sunway Velocity Mall pada 27 September 2018 yang lalu. Turut hadir, Shima Anuar dan Ella Chen yang juga duta untuk jenama ini. Bagi yang baru mengenali Shima Anuar, dia adalah pelakon yang terkenal dengan lakonannya di dalam beberapa filem terbitan MIG iaitu Jangan Pandang Belakang, Sumpahan Kum Kum dan 99 Kali Rindu. Kini, dia tampil semakin cantik dan berseri selepas melahirkan puteri sulungnya hujung tahun lalu.

Clinelle Age Revive ialah rangkaian baru khusus untuk untuk merawat dan memperlahankan proses penuaan pada kulit wajah agar kulit lebih anjal, berseri dan kekal muda. Rangkaian ini diformulasi istimewa dengan rumusan anti penuaan yang berfungsi untuk mengurangkan garis halus, kedutan, tona kulit tidak sekata dan kulit yang mengendur tidak anjal.

Menurut Ms Corina Lee, Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia (M) Sdn Bhd, rangkaian penjagaan wajah Clinelle Age Revive ini telah dipatenkan secara khusus dengan rumusan terbaik dan diperhebatkan dengan penggunaan teknologi terkini bagi memberikan kesan unggul pada wajah sebaik sahaja aplikasi pertama. Antara rumusan terbaik itu ialah RX3, yang mana berfungsi sebagai merawat dan menyempurnakan kulit wajah anda.

Selain itu, Shima Anuar turut berkongsi pengalamannya menggunakan Clinelle sejak tiga tahun yang lalu. Ditanya, apakah keistimewaan Clinelle dan berkesan pada kulit wajahnya, ini jawapannya.

“Sebelum saya di lamar oleh Clinelle, saya memang sudah menggunakan produknya. Saya menggunakan rangkaian  Clinelle PureSwiss Hydracalm kerana saya mempunyai kulit yang kering. Ia berkesan dan  bagus untuk kulit saya. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan berseri. Sebab itulah apabila Clinelle melamar untuk menjadi wajah rasminya, saya terus katakan Ya kerana percaya dan telah mengalami sendiri keberkesannanya. ”

Clinelle Age Revive membantu kulit menjadi lebih:

  • Anjal dan tegang
  • Lembap dan terhidrat
  • Lembut dan halus
  • Segar dan berseri
  • Tona kulit menjadi lebih sekata