Serlahkan Bakat Terpendam Anda Di Chanel Coco Game Center

Nikmati kemeriahan berganda dan serlahkan bakat anda di Chanel Coco Game Center

Sudah tiba masanya untuk anda menyerlahkan jiwa muda yang terpendam di dalam diri anda dengan melangkah ke dalam dunia permainan video di COCO GAME CENTER. Selain daripada memperkenalkan produk kecantikannya yang terkini, Chanel menjemput anda untuk menerokai ruangan unik permainan arked tersebut bermula daripada 28 April lalu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mematuhi satu syarat sahaja iaitu dengan menjadi seberani yang mungkin serta serlahkan perasaan bebas, kreativiti dan spontan di pusat permainan arked tersebut.

Di sinilah tempatnya untuk anda menyerlahkan bakat terpendam anda di THE BUBBLE GAME. Permainan ini memerlukan anda untuk menangkap HYDRA BEAUTY micro-droplets dan anda akan mendapat sampel penjagaan kulit dari Chanel, badge atau pun minuman percuma di bar yang disediakan.

Tidak hanya itu, anda boleh juga mencuba kombo terhebat di COCO GAME STATION. Uji sama ada anda serasi dengan rona merah menyala atau warna yang lebih neutral. Penat bermain sepanjang hari, anda boleh berehat seketiak di booth Chance dan anda akan dapat menerokai rangkaian wangian Chance.

Sebelum mengakhiri perjalanan anda, anda juga boleh mencuba THE BEAUTY RIDE, pemanduan percubaan dengan penampilan terbaru anda. Pandu di bahagian penumpang atau pun di kerusi pemandu di dalam Coco Car.

Paling penting sekali, jangan lupa untuk cuba tona kesukaan anda untuk Rouge Coco dan ambil swafoto bersama rakan atau keluarga sebagai cenderahati.

Jom beramai-ramai nikmati keseronokan di COCO GAME CENTER bermula dari 28 April sehingga 13 Mei ini.

ROUGE COCO LIP BLUSH

Item yang wajib ada bersama anda setiap masa. Tidak hanya digunakan sebagai gincu, ia juga dapat menyerlahkan rona merah semula jadi di pipi dan pada masa yang  sama dapat memberikan rona bibir yang seksi. Tekstur gelnya pula mengandungi jojoba, mimosa dan minyak bunga matahari dan juga derivatif kelapa untuk memberikan hidrat yang sempurna serta keselesaan untuk bibir dan kulit. Anda boleh pilih daripada enam tona warna yang berbeza.

HYDRA BEAUTY

Solusi terbaik untuk anda mencegah tanda penuaan awal ialah dengan menghidrat dan melembapkan kulit. Produk ini adalah produk kecantikan pertama yang mengandungi micro-droplet camellia. Ini dapat membantu dalam memastikan kulit anda hidrat dengan sempurna.

CHANCE

CHANCE Eau Tendre adalah haruman yang diperhalusi dengan aroma jambakan bunga dan buahan untuk jiwa romantis, CHANCE Eau Fraiche pula membawakan aroma yang segar, floral bertenaga untuk kekal optimis, CHANCE Eau Vive pula adalah haruman yang diperkaya dengan aroma zesty floral untuk anda yang mempunyai semangat yang tinggi dan akhir sekali adalah CHANCE, khas buat anda yang berjiwa berani dengan haruman asli floral sensual.