Baju Melayu Dan Baju Kurung Digayakan Oleh Go Ara, V Dari BTS Dan Selebriti Antarabangsa Lain

Selebriti antarabangsa yang kelihatan cantik dan segak menggayakan baju kurung dan baju melayu

Memang sudah menjadi satu kebanggaan apabila terdapat artis atau selebriti terkenal antarabangsa menggayakan busana tradisional Malaysia. Itu yang berlaku apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Go Ara menggayakan gaun rona krim yang seakan menyerupai baju tradisional Malaysia iaitu Baju Kurung. Busana itu telah mendapat pujian daripada peminatnya terutama peminat daripada Malaysia yang mengenali busana tradisional tersebut.

Go Ara bukanlah satu-satunya artis Korea yang menggayakan busana tradisional Malaysia, pada May tahun lalu, penyanyi daripada kumpulan KPOP, BTS V atau Kim Tae Hyung telah dilihat dalam sebuah video di mana dia kelihatan sedang menari memakai busana baju melayu cekak musang. Busana itu telah dihantar oleh peminat sebagai hadiah kepada penyanyi itu pada tahun 2017.

Selain daripada Go Ara dan BTS V, ini ada beberapa artis antarabangsa yang telah menggayakan busana baju kurung dan baju melayu.

6 of 6

Ji Seok Jin

Ahli Running Man, Ji Seok Jin turut kelihatan segak dalam persalinan baju Melayu ketika berada di Malaysia. Seok Jin yang pada waktu itu menjadi pengacara jemputan dalam rancangan CJ WOW Shop, kelihatan segak dalam persalinan baju Melayu merah dengan sampin songket rona yang sama.

6 of 6

Ji Seok Jin