Baju Melayu Dan Baju Kurung Digayakan Oleh Go Ara, V Dari BTS Dan Selebriti Antarabangsa Lain

Selebriti antarabangsa yang kelihatan cantik dan segak menggayakan baju kurung dan baju melayu

Memang sudah menjadi satu kebanggaan apabila terdapat artis atau selebriti terkenal antarabangsa menggayakan busana tradisional Malaysia. Itu yang berlaku apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Go Ara menggayakan gaun rona krim yang seakan menyerupai baju tradisional Malaysia iaitu Baju Kurung. Busana itu telah mendapat pujian daripada peminatnya terutama peminat daripada Malaysia yang mengenali busana tradisional tersebut.

Go Ara bukanlah satu-satunya artis Korea yang menggayakan busana tradisional Malaysia, pada May tahun lalu, penyanyi daripada kumpulan KPOP, BTS V atau Kim Tae Hyung telah dilihat dalam sebuah video di mana dia kelihatan sedang menari memakai busana baju melayu cekak musang. Busana itu telah dihantar oleh peminat sebagai hadiah kepada penyanyi itu pada tahun 2017.

Selain daripada Go Ara dan BTS V, ini ada beberapa artis antarabangsa yang telah menggayakan busana baju kurung dan baju melayu.

1 of 6

BTS V (Kim Taehyung)

Penyanyi kelahiran tahun 1995 daripada kumpulan KPOP terkemuka dunia, BTS, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung dilihat dalam sebuah gambar memakai baju Melayu Cekak Musang warna putih . Gambar yang dikongsikan oleh peminat yang dikenali sebagai Sylleblossom memberitahu bahawa dia telah memberikan baju Melayu itu kepada penyanyi tersebut sebagai hadiah. V dilihat memakai busana itu ketika sedang berlatih untuk persembahan di Billboard Music Awards. Peminat kumpulan tersebut begitu terharu apabila melihat V memakai busana itu ketika bulan Ramadan.

1 of 6

BTS V (Kim Taehyung)