Rekaan Jam Tangan ESPRIT Jadi Tarikan

Bergaya dengan jam tangan menarik daripada ESPRIT

ESPRIT kini tampil dengan koleksi jam tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Jam tangan ini boleh didapati dalam rona yang sinonim dengan musim panas dan digabungkan dengan fabrik kulit yang lembut dan rekaan struktur yang pelbagai. Jam tangan ini melambangkan erti nama ESPRIT yang bermaksud kualiti dan “joiedevivre” (keseronokan dalam hidup)

1 of 3

Koleksi ESPRIT Bloom Pearls

Sekiranya anda punya temu janji dengan insan istimewa atau perjumpaan dengan ketua atau bos, jam tangan ini pasti akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Rekaan halus pada dail memberikan aura sporty pada penampilan dan ia dipadankan dengan mutiara batu pasir yang berkilauan pada tali kulit jam tangan tersebut, sekali gus memberikan keunikan pada jam tangan ESPRIT.

Koleksi jam tangan ini mempunyai case keluli tahan karat dengan diameter 32 mm. Dipadankan dengan tali jam daripada kulit atau Mesh. Dilengkapi dengan pergerakan kuarza dan ia juga kalis air. Harga untuk koleksi ini adalah daripada RM 489 sehingga RM 529

1 of 3