Raya Baru, Wangian Baru

Syawal ini, mari kita #bersangkabaik dengan wangian baru

Wangian adalah teman baik wanita. Namun, sejauh manakah wanita mengenali wangian mereka? Kebanyakan daripada anda menganggap wangian mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Ada pula yang berpendapat, wangian yang tanda harganya mahal pasti lebih tahan lama.

Kini, anda boleh tepis buruk sangka mengenai wangian kerana Jelita ada berita gembira untuk anda.

White Musk Flora Eau De Toilette 30ml

Tahukah anda, sebenarnya ada wangian yang bebas daripada bahan kimia dan diperbuat 100 peratus vegan dan harganya juga berpatutan. Memperkenalkan, wangian Chypre White Musk Flora daripada The Body Shop. Wangian Chypre ini mempunyai komposisi yang sangat kompleks dan ia ditakrifkan oleh nota asas yang hangat bersama dengan nota sitrus.

White Musk Flora Shower Gel 250ml

Wangian ini menggabungkan nota daripada bergamot, lada merah jambu dengan sejambak bunga peonies dan lily of the valley untuk memberikan haruman bunga yang moden, anggun dan yang paling penting ianya vegan. Ia adalah haruman yang sempurna untuk anda.

Apa kata, Aidilfitri ini anda mula #BersangkaBaik dengan ahli keluarga dan sahabat handai terdekat, hapuskan rasa dan sangkaan buruk. Demikian yang dilakukan Marsha Milan Londoh dan juga Makcik Viral dalam video istimewa terbitan Her Inspirasi dan The Body Shop

 

Kempen Scent of Life

Anda suka memakai minyak wangi? Apa kata reka sendiri wangian yang simbolik dengan diri anda? Bekerja secara kreatif dari seluruh wanita di rantau ini, The Body Shop telah mencipta koleksi Scents of Life. Pencinta wangian boleh mereka sendiri wangian yang diingini dengan campuran dan padanan daripada wangian, esen dan spritzes. Pilih daripada 15 aroma yang bebas kekejaman haiwan dan vegan untuk wanita dan lelaki.

Say Yes! Mist 100ml

Jenama ini turut bekerjasama dengan pengaruh daripada Timur Tengah untuk mencipta haruman yang menyokong kekuatan wanita, ekspresi diri dan kemajuan untuk generasi baru. Dengan Scents of Life, haruman anda, pilihan anda.