Rawatan Wajah Ikut Kehendak Kulit Anda

Cuba Dermalogica ProSkin Treatment, disesuaikan ikut keperluan wajah.

Rawatan wajah boleh jadi satu sesi idaman dan diingini bila anda memiliki gaya hidup yang sibuk dengan rutin harian serba padat.

Sesi Face Mapping untuk tentukan sasaran kulit anda.

Jika hendak ke salon kecantikan untuk membuat rawatan wajah atau apa saja, satu perkara yang sering difikirkan adalah, “Bolehkah hendak peruntukkan masa sehingga dua jam?” Kekangan masa, kesuntukan waktu sering menjadi penghalang untuk anda dimanja dan diladeni biarpun ada banyak butik dan salon kecantikan menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan wajah yang terbaik.

Namun kini, Dermalogica memperkenalkan perawatan wajah ProSkin 30 dan ProSkin 6o. Istimewanya, satu – 30 dan 60 mewakili jumlah minit yang diperlukan untuk setiap sesi. Dua, perawatan bukan seumum yang biasa ditawarkan di salon kecantikan.

Bayangkan perawatan wajah yang mengutamakan permasalahan atau kebimbangan anda terhadap kulit wajah. Kini, trend perawatan wajah satu-untuk-semua tidak lagi relevan.

Anda unik justeru, perawatan kulit wajah anda perlulah seunik itu. Jelita telah pergi mencuba sendiri ProSkin 30 dan bila diberitahu Jodi Ayre, Jurulatih Korporat Antarabangsa Dermalogica yang perawatan wajah ini hanya memakan masa 30 minit, sudah tentu timbul rasa sangsi – sempatkah hendak lakukan SEMUANYA?

Sewaktu sesi pengenalan pada perawatan ProSkin ini di Skincare Fokus, Plaza Arkadia, Desa Park City, anda akan diminta memberitahu masalah kulit paling mengganggu anda dan bersama dengan pakar kulit berkenaan, kalian akan berbincang jenis perawatan (langkah-demi-langkah) yang akan digunakan sewaktu sesi nanti.

Kad langkah perawatan yang dikongsikan pada anda sebelum perawatan.

Jadi, tidaklah anda terasa atau bimbang, apa yang bakal berlaku kerana anda akan tahu bagi setiap sapuan produk pada wajah, setiap penggunaan mesin dikenakan pada kulit, apakah tujuannya dan apa yang cuba dicapai.

ProSkin 30 Treatment yang dilakukan adalah berdasarkan analisis kulit Face Mapping yang dilakukan sebelum perawatan bermula secara percuma. Seperti disebut, perawatan 30 minit itu dirancang khas mengikut kehendak anda, menjadikan perkhidmatan ini berimpak terunggul.

Ianya terbaik bagi seseorang yang inginkan manfaat daripada perawatan kulit bulanan, tetapi tidak kecukupan masa atau mempunyai bajet tertentu.

Perawatan ini hanya bernilai sekitar RM168 dan turut bergantung kepada customization seterusnya menerusi Face Mapping tadi.

Walaupun hanya 30 minit, terasa damai dan tenang.

Bayangkan, waktu makan tengahari anda itu? Bolehlah selitkan setengah jam untuk sesi perawatan Dermalogica ProSkin 30 ini.

Hasilnya? Kulit terasa amat bersih, lembut dan ‘dibaja’ elok. Dan selepas seminggu, anda boleh lihat keadaan kulit wajah tampak lebih cerah dan berseri.