Rapikan Rerambut Dengan Selesa

Lokasi Strip Malaysia terbaru strategik dengan suasana lebih melegakan.

Bagi yang gemar merapi rerambut, sama ada di bawah lengan, pada tangan atau kaki serta celah kelangkang, jom ke Strip: Ministry of Waxing yang terbaru!

Sejak 12 tahun lalu, Strip: Ministry of Waxing membuka kedainya di Jalan Telawi 5, Bangsar sebagai studio wax yang pakar dalam perawatan membuang rerambut tubuh. Selama itu juga jenama ini mengutamakan kepentingan dalam menjaga kebersihan dan amalan membuang rerambut yang selamat buat penggunanya.

Kini, selepas lapan kedai yang mula mendapat perhatian ramai juga penggemar rutin merapi wax, satu rangkaian premier dibuka di Bangsar Village II dengan imej lebih cerah dan berani. Pastinya lebih mudah untuk warga Lembah Klang untuk mengunjungi kerana lokasinya yang begitu strategik.

Menariknya, setiap cawangan Strip tidak direka serupa atau sedonodon. Malah, Strip Bangsar ini lebih pintar dengan dekorasi segar kerana ianya memuatkan lima bilik perawatan dengan dinding rona ungu gelap yang kelihatan majestik.

Dengan pembukaan cawangan terbaru ini, Strip masih mengekalkan falsafah yang sama – rawatan selamat, efisyen, bersih sama ada untuk wax atau IPL. Tambahan lagi, perawat bertugas atau ditugaskan untuk menjaga anda cukup terlatih dan akan mendengar setiap kegusaran anda dengan teliti sambil menjelaskan secara terperinci setiap langkah perawatan yang dilakukan.

Untuk sesi perawatan wax, anda diberikan satu kit tersendiri (tidak berkongsi dengan orang lain) bagi memastikan anda rasa yakin dan sesi berkenaan dilakukan dengan selamat dan bersih.

Strip Bangsar terletak di tingkat tiga Bangsar Village II dibuka dari jam 10 pagi ke 9 malam pada Isnin hingga Sabtu dan 10 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad.