Rangkaian Solekan Shiseido Gunakan Formulasi Baru

Shiseido kini tampil dengan produk solekan yang terbaru berasaskan empat tekstur iaitu dew, gel, powder dan ink

Terkenal dengan motonya, ‘Gifiting Japan to the World’, Shiseido telah menghasilkan produk yang memperlihatkan ciri moden, minimalis, berwawasan, ekspresif dan kreatif. Dan ternyata Shiseido tidak pernah mengecewakan apabila jenama itu tampil dengan rangkaian solekan yang baru.

Shiseido

Gambar: Instagram

Berpegang teguh pada kempennya, ‘Beauty Reimagined, Beauty made with soul,’ rangkaian produk terbaru Shiseido yang fokus pada deria telah menyediakan tekstur yang inovatif. Tampil dengan 21 produk dan 125 palet warna nyata memberikan pilihan yang luas kepada pengguna. Ia kemudiannya dikategorikan kepada empat tekstur yang berbeza iaitu, Serbuk (powder), gel, dakwat (ink) dan embun (dew).

Empat Tekstur Menarik

Setiap tekstur ini mempunyai sifat yang tersendiri yang telah dirumuskna untuk mencipta pelbagai rupa pada kulit anda. Serbuk, misalnya, telah dipertingkatkan formula pigmen tradisionalnya dan berubah menjadi formula yang memudahkan kulit anda untuk bernafas dan mudah untuk dicampurkan.

Dirumuskan untuk memberikan rasa bulu pelepah yang ringan, gel menawarkan kemasan yang tahan lama dan memberikan impak solekan yang hebat untuk anda yang inginkan solekan yang tahan lama.

Shiseido telah mendefinisikan semula produk lama untuk menghasilkan dakwat (ink). Tekstur ini direka untuk memberikan solekan grafik buat anda yang inginkan solekan mata yang galak.

Tidak hanya itu, Shiseido turut memperkenalkan kategori baru iaitu Dews (embun). Tekstur ini dicipta dengan tujuan untuk memberikan efek bercahaya pada solekan anda.

Ilham Kaligrafi Jepun

Sinonim dengan budaya dan sejarahnya, Shiseido turut memperkenalkan lima berus solekan buatan tangan yang diilhamkan daripada berus yang digunakan dalam kaligrafi kuno Jepun.