RAIKAN KECERIAAN WANITA BERSAMA LANCOME

Keceriaan Bersama Lancome ialah kempen untuk meraikan kecantikan wanita.

Pada 16 Mei baru -baru ini, Lancome Malaysia mengadakan  majlis berbuka puasa bersempena kempen Ramadan -Raya  mereka di Concourse Level Sogo Kuala Lumpur, dengan tema Keceriaan Bersama Lancome.

Fokus utama bagi kempen ini adalah untuk meraikan keceriaan dan kebahagiaan wanita serta memastikan mereka tampil sentiasa cantik berseri dengan gaya Raya -Ready menggunakan rangkaian produk Lancome.

 

Seramai 200 tetamu jemputan terdiri daripada selebriti terkenal tanah air  jurusolek, pengacara TV, blogger dan influencer  telah hadir bagi memeriahkan lagi acara. Antara wajah yang dinanti -nantikan ialah pelakon wanita terkenal yang sedang meningkat naik, iaitu Mira Filzah. Selain itu, antara golongan kenamaan yang turut hadir ialah Natasha Karim, Pengarah Pemasaran Jenama Lancome Malaysia, Zaireen Ibrahim iaitu Pengarah Pemasaran dan Komunikasi L’Oreal Malaysia, Kelvin Chan, Pengurus KL Sogo, dan Ronnie Tan, Pengurus Kanan Pemasaran Komunikasi.

Acara berbuka puasa yang meriah ini telah dihos kan oleh Daphne Iking. Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, terdapat pelbagai aktiviti utama telah dijalankan. Ketika tetamu tiba di kaunter pendaftaran , mereka telah diberikan kad untuk redeem hadiah dan cenderamata selepas selesai melakukan semua aktiviti. Antaranya, mereka berpeluang memiliki haruman signatur Lancome, La Vie Est Belle, hamper raya, biskut dan manisan raya.

Kempen Ramadan Raya Keceriaan Bersama Lancome ini berlangsung bermula pada 30 April sehinggalah 30 Jun 2019. Selain itu,anda juga boleh dapatkan produk -produk menarikn sempena kempen Lancome Raya antaranya Lancome Advanced Genefique, Lancome Teint Idole Ultra Foundation, La Vie Est Belle dan L’Absolue.