Raikan Hari Ibu Dan Bapa Dengan Lukisan Produk Ikonik Chanel

CHANEL tampilkan lukisan kanak-kanak untuk kempen terbaru

Jenama fesyen dan juga kecantikan terkenal dunia, CHANEL meraikan hari ibu dan juga bapa dengan lukisan daripada kanak-kanak. Lukisan yang dimaksudkan adalah lukisan produknya yang paling ikonik.

Untuk acara istimewa ini, CHANEL telah memberikan sepenuh perhatian kepada lukisan produk ikonik jenama tersebut yang telah dilukis oleh kanak-kanak.

Lukisan yang tulen dan menyentuh hati ini akan menggambarkan kempen komunikasi CHANEL sempena Hari Ibu dan Bapa nanti.