Raikan Cinta Dengan Jam Tangan Istimewa Bonia, BNB10472

Bonia Timepiece kini tampil dengan koleksi jam tangan BNB10472 khas buat anda dan pasangan

Setiap pasangan ingin tampak serasi bersama tidak kira di mana sahaja dan inilah juga visi Bonia apabila jenama yang tidak asing lagi itu mencipta jam tangan khas untuk pasangan iaitu BNB 10472.

Sejak dari awal lagi, Bonia telah memikirkan prinsip reka bentuk utama BNB10472 dan memutuskan untuk memberikan rekaan yang ringkas namun kelihatan canggih. Rekaan jam tangan yang tidak begitu kompleks adalah simbolik kepada hubungan cinta antara pasangan yang tulen dan tidak rumit. Jam tangan istimewa ini mempunyai jarum dail halus yang memberitahu masa dalam jam, minit dan saat. Dan pada kedudukan jam enam, terdapat aperture (atau lubang ) yang menunjukkan tarikh, sekaligus melengkapkan ciri istimewa pada seutas jam tangan.

Lebih istimewa, jam tangan ini turut ukiran perkataan romantik di bahagian bawah lug jam tangan tersebut. Untuk jam tangan lelaki, terdapat ukiran perkataan ‘Eternity’manakala untuk jam tangan wanita pula terdapat ukiran perkataan ‘Tiamo’ dan apabila digabungkan ia membawa maksud ‘Everlasting Love’ atau Cinta yang kekal abadi.

Untuk siri jam tangan khas untuk pasangan ini, Bonia telah mereka dan menghasilkan enam rekaan yang menarik dengan kombinasi warna yang sesuai dengan citarasa pasangan di luar sana.

Bonia juga telah memberikan dimensi diameter yang berbeza untuk dua versi koleksi jam tangan tersebut. 37 mm untuk lelaki dan 28 mm untuk anita. Satu lagi perrbezaan yang dapat dilihat adalah penanda jam pada koleksi jam tangan lelaki menggunakan baton yang lembut sementara untuk koleksi jam tangan wanita, penanda jam diperbuat daripada kristal Swarovski. Kedua versi jam tangan ini adalah kalis air sehingga ke dalaman 50 meter dan turut dikuasai dengan pergerakan kuarz (quartz). Sentuhan mewah dapat dilihat dalam hiasan kristal nilam yang melindungi dail jam tangan tersebut.

Koleksi jam tangan Bonia adalah hadiah yang sempurna untuk melambangkan cinta dan kasih sayang untuk pasangan anda. Ia adalah jam tangan yang memantulkan daya tarikan semula jadi antara pasangan dan ia juga adalah hadiah terbaik untuk pasangan anda sempena hari istimewa kalian.

Setiap satu daripada jam tangan yang mempesonakan ini berharga dari RM598 sehingga RM638 dan, seperti semua koleksi Bonia Timepiece, ia boleh didapati di Butik Solar Time & Time Couture dan di semua butik jam tangan mewah di seluruh negera.

1 of 12

1 of 12