RAHSIA KEMBALI LANGSING DAN CANTIK SHIMA ANUAR

Ingin tahu apakah rahsia cantik dan kembali langsing Shima Anuar? Ini jawapannya.

Shima Anuar, pelakon wanita wanita yang terkenal dengan lakonan hebatnya dalam beberapa filem di bawah MIG iaitu Jangan Pandang Belakang, Sumpahan Kum Kum dan 99 Kali Rindu ini tampil semakin cantik selepas melahirkan puteri sulungnya hujung tahun lalu. Ikuti apakah rahsia cantik yang di amalkannya.

Boleh kongsikan rutin penjagaan wajah?

Jawapan: Saya akan pastikan mengikut aturan yang asas iaitu membersih, menyegar dan melembap. Yang penting , ketahui dulu apakah masalah kulit anda dan barulah cari rangkaian produk yang sesuai dengan kulit.

Anda menjadi duta untuk jenama penjagaan wajah terkenal, Clinelle. Apakah produk yang menjadi kegemaran dan wajib dicuba oleh wanita lain?

Jawapan: Saya sangat menyukai rangkaian Clinelle Pureswiss Hydra Calm kerana ia berkesan untuk merawat kulit yang kering dan kusam.

Bagaimana mendapat kembali berat badan asal selepas bersalin?

Jawapan: Saya akui ia sangat sukar dan mengambil masa. Berat badan saya naik sehingga mencecah 74 kilogram. Tambahan pula, saya bersalin secara pembedahan. Jadinya, segala amalan berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Hanya selepas tiga bulan bersalin, barulah saya melakukan senaman ringan dan mengamalkan diet seimbang seperti makan salad dan salmon.

Tiga item cantik dalam tas tangan anda?

Jawapan: Saya bukanlah seorang yang suka mekap tebal jika tidak terikat dengan sebarang tuntutan kerja. Pun begitu, saya wajib bawa bedak kompak, pelembap bibir dan tisu.

Siapakah selebriti Malaysia yang anda labelkan sebagai Ikon Cantik?

Jawapan: Fazura. Dia sangat cantik sama ada mengenakan mekap atau tidak. Dan personalitinya yang menarik membuatkan dia mempunyai aura yang tersendiri.