Rahsia Bawah Lengan Lebih Cerah

Ayuh tingkatkan keyakinan diri anda!

Rexona telah memperkenalkan Rexona Whitening Fresh Rose baharu. Dengan Vitamin E dan ekstrak licorice, rangkaian baharu ini telah terbukti secara klinikal untuk mencerahkan kulit bawah lengan secara semula jadi. Wanita di Malaysia kini boleh mempunyai kulit bawah lengan yang lebih cerah secara semula jadi, perlindungan yang diperlukan dan pada masa sama dapat menikmati kesegaran haruman bunga yang bertahan dalam waktu yang panjang.

Bersempena pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose, Rexona turut melancarkan kempen #AFreshStart yang akan berlangsung sepanjang tahun, memberi semangat kepada wanita Malaysia untuk memulakan semua perkara dengan nafas baharu. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperkasa wanita di Malaysia dengan memberikan suntikan keyakinan dalam semua aspek kehidupan – termasuk kecantikan, kecergasan dan fesyen – supaya sentiasa tampil yakin dengan bawah lengan yang cerah dan segar sepanjang masa.

Rexona Whitening Fresh Rose baharu ini adalah susulan pelancaran rangkaian Rexona Whitening Fresh Sakura dan Fresh Lily September lalu. Ketiga-tiga deodoran berasaskan bunga dalam rangkaian baharu ini menggabungkan kandungan semula jadi yang mencerahkan, di samping teknologi motionsense, yang mengandungi mikro kapsul wangian unik yang diaktifkan apabila anda bergerak. Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak wangian dilepaskan!

Dalam memberi inspirasi kepada wanita untuk memulakan lembaran baharu #AFreshStart bersama Rexona, duta jenama ini iaitu Ayda Jebat turut serta meraikan pelancaran varian baharu dan kejayaan kempen ini bersama Rexona.

Rangkaian Whitening Fresh baharu ini menawarkan tiga jenis kesegaran bunga iaitu Fresh Sakura, Fresh Lily dan Fresh Rose.