Pratonton Istimewa Robinsons Raya 2019

Dibawa khas kepada anda oleh Robinsons dan pereka fesyen terkemuka Malaysia.

Ingin jadikan raya tahun ini raya yang penuh bergaya dan bermakna? Kunjungilah Shoppes di Four Seasons, Robinsons Kuala Lumpur dan terokai gedung mewah ini yang menganjurkan kempen Raya dengan kolaborasi bersama pereka terkemuka Malaysia.

Dalam masa yang terhad, anda boleh mendapatkan busana raya yang telah direka oleh Rico Rinaldi, Arma Couture, Rizman Ruzaini dan PU3. Turut diadakan juga sebuah pratonton pakaian ready-to-wear yang dihasilkan oleh Alia B. dan Nurita Harith. Rekaan eksklusif koleksi raya ini akan dipamerkan pada bulan April di sebuah ruang Personel Shopper Suite yang membenarkan pembeli untuk melihat, memilih, membeli dan menempah persalinan khas diiringi dengan bantuan daripada pasukan Robinsons sendiri. Setiap koleksi akan dipamerkan dalam Personal Shopper Suite selama seminggu selepas pratonton.

Kenali Para Pereka Yang Terlibat

Nurita Harith

Pereka ini mula mempamerkan hasil kerjanya di KLFW pada tahun 2006 dan sejak itu mula menempah nama dalam gaya kontemporari  di pentas fesyen di Malaysia. Koleksi Lebaran RTW 2019 menonjolkan  drapey dan flowy cut yang menampilkan gaya wanita yang selamba, kuat, berani dan cantik. Koleksi ini telah diilhamkan daripada bunga Peony yang direka khas untuk koleksi cetakannya.

Rico Rinaldi

Sempena musim panas raya 2019, Rico Rinaldi telah mempamerkan 45 hasil rekaannya untuk tahun ini sempena sambutan Hari Raya dengan koleksi terbesarnya. Ini termasuk 23 rekaan pakaian telah siap dan 10 rekaannya untuk  pelanggan yang telah menempah khas. Buat kali kedua, Rico Rinaldi akan memperkenalkan koleksi Ramadan yang telah dinamakan koleksi pra-Ramadan musim panas raya. Ia adalah edisi yang kelapan keluaran Rico Rinaldi selama 11 tahun melibatkan diri dalam industri fesyen. Koleksi kali ini adalah gabungan reka bentuknya yang terkenal dan kegemaran siluet pelanggan termasuk baju kurung Kedah dan baju kurung moden dengan gabungan manik sebagai tanda rekaan istimewa beliau.

Arma Couture

Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fesyen, Arma Abdul Rahman telah berjaya menempah nama sehingga berkedudukan yang tinggi dalam bidang fesyen oleh sebab daya kreatif beliau terutamanya dalam busana perkahwinan. Koleksi raya yang sofistikated dengan siluet dan perincian untuk gaya feminin pasti akan membuat Hari Raya anda sebagai perayaan yang gilang-gemilang. Jangan lupa untuk lihat pratonton koleksi raya Arma Couture.

Alia B

Nama Alia B sudah tidak asing lagi dalam arena fesyen di Malaysia ini. Bermula dengan menghasilkan tempahan khas dan busana perkahwinan yang dibuat di sebuah bengkel telah membina dirinya sehingga menjadi salah satu daripada pakar fesyen terkemuka di Malaysia. Setelah beberapa tahun, jenama Alia Bastamam telah berkembang sehingga menjadi Alia B. yang kini rekaannya lebih menjurus pada pakaian moden ready-to-wear turut mengekalkan keselesaan dalam rekaan beliau.

Rizman Ruzaini

Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil merupakan dua pereka fesyen dengan personaliti yang berbeza. Lebih dari sedekad, kedua-dua pereka ini telah menghasilkan rekaan fesyen dan busana yang berjaya menonjolkan perwatakan mereka yang unik. Rekaan mereka yang menggabungkan ciri fesyen tradisional serta berani bereksperimen menonjolkan lagi perwatakan mereka sebagai pereka.

PU3

Kembar yang berdaya kreatif ini, iaitu Putri Azalea dan Putri Yasmin bersama ibu mereka Raja Noora Ashikin telah tampil pada tahun ini dengan PU3 RTW Raya yang bertemakan Venust.  Koleksi kali ini adalah gabungan anggun dan kelembutan yang disertai dengan corak bunga serta renda yang menggunakan rona lembut. Para pereka PU3 menggunakan elemen kejutan, keberanian dan rona terang seperti royal blue dan georgia peach dalam rekaan kali ini. Anda pasti akan melihat rekaan yang lebih menumpukan pada potongan asimetri dan lengan baju pouf yang menonjolkan gaya feminin wanita. Rekaan ini sesuai untuk wanita yang suka gaya minimum tetapi masih ingin kelihatan cantik dan bergaya. Bagi gaya yang lebih moden, Puteri Azalea telah menghasilkan sendiri koleksi top yang sesuai digayakan dengan celana. PU3 dikenali kerana mereka menghasilkan skirt berlapis. Skirt ini boleh didapati untuk koleksi raya kali ini bagi semua wanita yang ingin menonjolkan diri mereka. Pratonton PU3 akan berlangsung di Robinsons Kuala Lumpur pada 13 April 2019 akan datang.

Anda boleh layari Facebook dan Instagram Robinsons Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut. Robinsons Kuala Lumpur berlokasi di Shoppes, Four Seasons Place, 145 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur dan beroperasi 10 pagi sehingga 10 malam.

Lihat juga Bata Heritage dan Coca Cola lancar kapsul ikonik