PETUA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Amalkan petua tradisional ini untuk hilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata.

Lingkaran gelap pada sekitar mata memang menjejaskan penampilan malah, adakalanya anda kelihatan seperti orang sakit.

Berikut ialah petua mudah yang anda boleh cuba untuk menghilangkan kesan mata panda itu.

Cara 1:

  • Sediakan satu cawan air suam. Sediakan sehelai kain lembut yang bersaiz kecil.
  • Masukkan kain ke dalam air suam tadi. Angkat dan kemudian letakkan pada mata anda. Biarkan selama 15 minit.
  • Setelah itu, sapukan sedikit krim pelembap pada sekitar mata anda.

Cara 2:

  • Potong sebiji kentang kepada hirisan nipis.
  • Kemudian, letakkan potongan kentang itu pada kedua-dua mata anda.
  • Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit sebelum dibilas bersih.
  • Kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja membantu mengurangkan lingkaran hitam mata, malah juga boleh mencerahkan kulit.

Cara 3:

  • Sediakan sebiji kentang dan sedikit kain kasa.
  • Kupas kulit kentang dan kisar kentang hingga lumat.
  • Masukkan kentang kisar tadi ke dalam kain kasa dan ikat seperti bunjut. Buat kepada dua bahagian.
  • Letakkan ia di bawah mata anda. Hati-hati, jangan sampai jus kentang itu memasuki mata anda. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas bersih.
  • Amalkan selalu sehingga kesan lingkaran hitam semakin menghilang.