Pertunjukan fesyen dalam talian sambil membeli-belah!

Lazada Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi eCommerce untuk KL Fashion Week (KLFW) 2019

Lazada Malaysia kini adalah rakan kongsi eCommerce rasmi untuk KL Fashion Week (KLFW) 2019 serta menjadi tuan rumah kepada 10 pereka homegrown di platform eCommerce terkemuka itu dalam menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia. Ini adalah sempena kempen Merdeka yang akan datang untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS Malaysia dan menggalakkan pengguna membeli barangan tempatan. Para pereka akan memperkenalkan koleksi terbaru di pertunjukan fesyen KLFW, Pavilion Kuala Lumpur dari 21 hingga 25 Ogos 2019 dengan persalinan yang akan dijual secara eksklusif di Lazada. Acara ini boleh ditonton dalam aplikasi Lazada sambil pelanggan turut boleh membeli persalinan tersebut di dalam talian dengan mudah.

“Kerjasama ini sejajar dengan pendekatan Shoppertainment kami untuk perniagaan dengan memberikan pengalaman yang menghiburkan pada para pelanggan serta memberikan penyelesaian teknologi baru kepada penjual kami untuk memupuk kesedaran dan penemuan mengenai jenama mereka,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Koleksi ready-to-wear dari 10 pereka iaitu Ghaania, Jimmy Lim, Kree, Laguna Sydney, Lana, Maglifestyle, Maqilla, Romyda KL, Syomirizwa Gupta dan Wynka Borneo akan dijual secara eksklusif di Lazada. Pertunjukan fesyen tersebut akan disiarkan secara langsung dalam aplikasi Lazada, membolehkan pelanggan Lazada dapat melihat persalinan yang baru diperkenalkan. Menggunakan konsep ‘lihat sekarang, beli sekarang’, penonton akan dapat menambah produk ke cart sambil menonton rancangan tanpa meninggalkan siaran langsng tersebut.

Kerjasama ini hadir sempena kempen bulan Merdeka ini iaitu “Kita MerdeKawan” yang menawarkan tawaran terbaik dari penjual Malaysia bermula 7 Ogos 2019 dan seterusnya serta jualan mega pada 21 Ogos 2019 di aplikasi Lazada.

Baca juga Fesyen Terkini Buat Si Comel Anda