Pembukaan Kedai Kedua Terbesar Habib Jewels

Alami pengalaman baru bersama Habib Jewels di Nilai.

Bagi memenuhi permintaan peminat barang kemas, Habib Jewels, tukang emas tempatan popular di Malaysia memperluaskan lagi cawangannya dengan membuka sebuah lagi cawangan di Nilai, Negeri Sembilan. Butik terbaru ini terletak di AEON Mall Nilai, iaitu Aeon Mall terbesar di Malaysia.

Selain itu, pembukaan kedai Habib baru-baru ini adalah antara pelan pengembangan secara berterusan bagi tahun ini. Outlet baru ini mencerminkan komitmen serta cara memperkukuhkan jenama dalam menyediakan barang kemas berkualiti dengan harga yang kompetitif di seluruh negara.

Habib memperkenalkan konsep baru di kedai itu dengan mencipta persekitaran yang hangat dan menarik di mana pembeli boleh merasakan suasana pertukangan serta warisan jenama tersebut. Konsep moden diketengahkan untuk memaparkan aksesori bersama skrin LED agar pembeli merasai pengalaman yang sangat berbeza.

Pembukaan Habib dapat memperkenalkan jenama tersebut pada pelanggan baru yang berpotensi untuk membeli  barangan kemas di Nilai atau bandar berdekatan. Habib turut berhasrat agar jenama itu dapat dijadikan barang kemas yang mudah didapati sesiapa sahaja di seluruh negara.

Kedai Habib berlokasi di Lot G-27, Ground Floor, Aeon Mall Nilai, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Waktu operasi bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Lihat juga: Pilihan aksesori loket ikut rentak anda!