Pelihara Diri Dengan Produk Berasaskan Kemenyan Daripada Neal’s Yard Remedies

Sempena dengan bulan kesedaran kanser payudara, Neal's Yard Remedies mengajak anda untuk menjaga diri dengan rangkaian produk kemenyan (Frankincense)

Oktober ini, jenama kecantikan ternama, Neal’s Yard Remedies mengajak anda semua untuk menjaga kesihatan dan juga kecantikan diri. Menurut medicalnewstoday.com, penyelidik mendapati bahawa Frankincense membantu untuk membunuh sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan sel kanser baru. Dengan penyelidikan ini, ada harapan bahawa suatu hari nanti, kita boleh melawan kanser tanpa perlu menjalani kemoterapi.

Neal’s Yard Remedies mempunyai koleksi terbesar Frankincense™ (kemenyan) yang telah memenangi beberapa anugerah. Koleksi ini sangat sesuai untuk dimuatkan dalam rejimen kesihatan semula jadi anda. Lihat bagaimana kemenyan dapat memberikan manfaat kepada anda:-

  • Meningkatkan fungsi imun anda, meresap untuk merawat pernafasan dengan menghasilkan semula limfosit (sel darah putih yang juga pasukan pertahanan utama badan anda) dan dengan menjaga keradangan ( yang boleh dikatakan sebagai faktor risiko utama untuk kebanyakan penyakit kronik)
  • Anda boleh menggunakannya sebagai minyak pati atau sapukan terus pada kulit anda.
  • Anda juga boleh menggunakan boswellia sebagai tambahan kepada beberapa titisan minyak pati dan letakkan di bawah lidah, di bahagian atau mulut untuk membantu dengan masalah kesihatan.
  • Ia juga membantu melambatkan tanda penuaan kerana koleksi Frankincense Intense™ mengandungi sel stem tumbuhan plasma, Kompleks 3-Peptida yang dapat membantu melicinkan kulit.

Cara Penggunaan

Apa yang perlu anda lakukan adalah menambah beberapa titisan minyak pati kemenyan (Frankincense) dalam pelembap, syampu, losyen badan anda atau dalam produk kecantikan yang anda miliki. Penggunaan produk ini dapat membantu menegangkan, mencegah kedutan, mengurangkan bintik gelap, mengecilkan liang pori dan menyembuhkan serta mencegah jerawat. Ia juga dapat memperlahankan tanda penuaan.

Bukan itu sahaja, kemenyan adalah astringen semula jadi yang dapat membantu menjana semula sel yang sihat dan memastikan tisu sedia ada sihat dan kuat.

Keistimewaan Produk Neal’s Yard Remedies

Produk ini dihasilkan 70 peratus secara organik, jadi ia mengandungi unsur penting dalam minyak pati. Ini adalah produk vegan yang tidak mengandungi GMO, parfum, silikon, paraben dan juga phtuates. Ia juga 100 peratus mesra alam dan tidak mengandungi elemen haiwan di dalamnya.

Sempena dengan kempen  Pink Oktober, Neal’s Yard Remedies akan memberikan diskaun sebanyak 10 peratus melalui kod promo NRYlovesPINK10 di laman sesawang bermula 15 hingga 31 Oktober 2018.