Parti Bubble Tea Kegilaan Ramai

Tidak perlu beratur panjang untuk dapatkan bubble tea ini!

Fenomena bubble tea yang menjadi kegilaan ramai! Hampir semua orang akan mencuba kesemua jenama bubble tea dan ramai juga sanggup beratur panjang untuk membeli bubble tea yang hadir dalam pelbagai perisa.

Hanya boleh digayakan, bukan untuk diminum! Anda boleh dapatkan edisi terhad berlian dan nilam berkualiti tinggi daripada Jeoel yang direka secara tempatan. Jeoel melancarkan koleksi Diamond Magical Creatures iaitu Diamond Fox, Diamond Witch, Diamond Rabbit, Sapphire Rabbit dan Sapphire Bubble Tea dengan harga bermula dari RM199. Koleksi loket dwifungsi Sapphire Bubble Tea adalah gabungan teh yang sempurna, lengkap dengan mutiara boba kenyal bersama kombinasi nilam dari Jeoel. Permata nilam semula jadi yang berwarna-warni seperti pelangi ini hadir dalam warna ungu, merah jambu pekat, biru yang memukau, dan kuning yang memikat. Loket tersebut berbentuk cawan teh bersama mutiara boba serta sepasang sayap.

Ia menampilkan berlian yang mewakili keazaman serta nilam yang mewakili kegembiraan dan keamanan. Loket perak bersadur rodium dan rose-gold ini bersifat dwifungsi. Ia boleh dipakai sebagai loket rantai leher atau gelang tangan dan berharga RM259.

Mari lihat antara koleksi aksesori Jeoel yang cukup comel sebagai pelengkap gaya anda!

Lihat juga Neelofa Serlahkan Kempen Raya Swarovski

1 of 6

Bubble Tea Nilam

1 of 6