NIKMATI KEHALUSAN KULIT SEPERTI BINTANG KOREA

Miliki kulit cantik seperti bintang Korea dengan seleksi produk daripada Guerisson.

Pelakon wanita tempatan, Ruhainies telah dilantik menjadi duta kecantikan jenama Korea, iaitu Guerisson. Terdahulu, bintang Korea terkenal, Lee Kwang Soo telah dilantik menjadi duta produk bagi jenama tersohor ini.

Membelai kulit anda, dan nikmati kehalusan kulit seperti bintang Korea. Itulah titik tumpu utama diatas pelantikan Ruhainies ini. Objektif utama YIT ( iaitu pengedar tunggal Malaysia) dan Claires Korea melantik pelakon cantik manis ini sebagai duta Guerisson selepas Lee Kwang Soo adalah bertujuan menyebarkan mesej bahawa warga asia terutamanya Malaysia boleh memiliki kulit yang cantik seperti mana yang sering dipaparkan oleh bintang terkenal Korea selain mengambil tahu kepentingan penjagaan kulit yang baik.

 

Kini, solekan sederhana dan minimalis ala Korea atau K- Beauty menjadi trend yang popular, tetapi sesetengah daripada anda tidak berani untuk mencuba teknik solekan minimalis ini disebabkan tidak yakin dengan keadaan kulit wajah.

Guerisson adalah pilihan produk yang terbaik untuk membantu membaiki keadaan kulit anda. Walau bagaimanapun, cara penggunaan produk yang betul juga amat penting, kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan produk itu.

Untuk itu, Guerisson memperkenalkan tiga produk heronya iaitu:

  • Guerisson 9 Complex Renew Cream, RM93.40
  • Guerisson Moisture Balancing Cream, RM93.40
  • Guerisson Red Ginseng Cream,RM159.45