Neelofa Serlahkan Kempen Raya Swarovski

Kempen raya pertama jenama antarabangsa ini di Malaysia

Jenamanya antarabangsa dan wajah yang mewakili adalah tidak lain tidak bukan, jelitawan kesayangan ramai, Noor Neelofa, menjadikannya wanita berhijab pertama menghiasi kempen Raya Swarovksi di Malaysia.

Keyakinan dan sisi glamor Neelofa menerangi kempen rasmi ini di mana auranya memancarkan keindahan dan daya tarikan, apatah lagi berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi yang sangat menakjubkan.

Hari Raya Aidilfitri ini wajar disambut dengan keraian yang berkilauan terutama bila anda bersama ahli keluarga dan orang tersayang. Lantas, Swarovski mahu meraikan musim ini dengan seleksi pilihan aksesori dan jam tangan sebagai perhiasan yang melengkapi pakaian unik anda dan sesuai digayakan di apa jua majlis.

Neelofa meraikan perayaan kali ini dengan menunjukkan keyakinannya yang serba tenang bersama koleksi Swarovski Raya bernatarkan awan pasir di gurun Al Wadi.

“Bulan Syawal ini, saya dedikasikan masa dengan menekankan nilai-nilai dan amalan yang membolehkan saya membuat sumbangan kepada masyarakat kita. Aspirasi saya adalah menjadi pemberi cinta, kekuatan serta aura positif dan bukan jadi penerima semata-mata. Saya percaya kebesaran manusia tidak terletak pada apa yang kita miliki tetapi terletak pada apa yang kita berikan.

“Seseorang hanya boleh melakukannya apabila mereka yakin, kuat dan memperkasakan kualiti dengan membenarkan diri anda untuk memberi kepada orang sekeliling momen berkilauan mereka sendiri” jelas Neelofa.

Selain itu, Swarovski juga berbangga untuk mengumumkan kerjasama mereka dengan Naelofar Hijab iaitu perkongsian 360 pertama mereka dengan Neelofa. Naelofar Hijab yang dilancarkan pada 2014 bertujuan untuk merevolusikan hijab modest dan kini dijual di lebih daripada 37 buah negara seluruh dunia. Penyatuan khas ini untuk memastikan bahawa kempen Ramadan dari Swarovski kali ini akan membuat anda berkilau sepanjang musim.

Lihat juga:Ā Gaya Selebriti di Anugerah Meletop Era 2019

Lengkapkan gaya Raya anda kali ini dengan item indah yang mampu mengerlipkan lagi pernampilan anda pada Hari Raya ini. Jelita kongsikan antara koleksi Raya dari Swarovski yang menawan.

1 of 9

Anting-anting, Koleksi Oz, RM479

 

1 of 9