Mimpikita Memperkukuh Jenama Di United Kingdom

Koleksi terbaru Mimpi Kita AW19 di Pertunjukan Fesyen London

Koleksi terbaru musim Luruh/Dingin 2019 Mimpikita adalah meraikan kepelbagaian. Mimpikita telah tampil dengan koleksi  moden bagi memberi nafas baru ke dalam dunia fesyen. Sebagai pereka yang berhijab mereka ingin menggunakan platform fesyen ini sebagai tempat untuk menonjolkan kreativiti mereka sehingga ke peringkat global.

Pengasas jenama yang berpangkalan di Bangsar ini terdiri daripada tiga wanita berbeza latar belakang, namun mereka adalah adik beradik, Nurul Zulkifli, Mira Zulkifli dan Syahirah Zulkifli. Jenama ini telah diasaskan menerusi  idea dan konsep kepelbagaian. Nurul, Mira serta Syahirah mahu mengubah perspektif  dan memecah tembok sempadan masyarakat. Tidak seperti pereka lain, keunikan the Zulkifli girls adalah kemahiran mereka menjahit sendiri kerana mahu memastikan kualiti dan identiti utuh dalam setiap rekaan.

Mimpikita berharap dapat mencipta sebuah koleksi yang  mengetengahkan golongan wanita dengan memperkenalkan sebuah koleksi  baharu yang tampil berani dengan  menggunakan corak  abstrak floral, berpetak dan menerusi serlahan siluet. Selain itu, Mimpikita juga turut menampilak kepelbagaian daripada pakaian seperti pakaian luar (outerwear)  dan  skirt berciri kelembutan. Rekaan yang menonjol lantas memberi keseimbangan pada butiran dan perincian yang diletakkan pada busana berkenaan. Teknik sulaman tangan, fringing dan luxury trims, memberi sisi kelembutan pada ciri baju berkenaan. Koleksi baru ini juga mahu menterjemah dan menonjolkan kualiti wanita sebagai seseorang yang  kuat dan bersemangat.

Harapan  Mimpikita adalah untuk menggunakan reka bentuk yang dihasilkan dan mempamerkan koleksi baharu mereka ke persada antarabangsa dengan menggunakan kepelbagaian sebagai kekuatan untuk Mimpikita menerajui dan menggegar dunia fesyen.

Lihat juga: Tiru Gaya Koleksi Chanel Haute Couture 2019

Lihat sendiri pertunjukan fesyen Mimpikita di London 

1 of 13

1 of 13