Menyerlah Dengan Kilauan Jam Tangan Bonia Cristallo

Kilauan Bonia Cristallo pasti buat anda kelihatan memukau

Bonia mengambil satu langkah lagi dalam koleksi jam tangan Bonia Cristallo dengan jam tangan Bonia BNB10522. Koleksi jam tangan Bonia Cristallo ini adalah mengenai penggunaan kristal Swarovski pada jam tangan terbaik dari Bonia. Jam tangan feminin ini adalah definisi terbaik untuk wanita dan ia adalah salah satu jam tangan terbaik dari Bonia yang direka khas untuk wanita. Bonia BNB0522 adalah padanan sempurna kepada Bonia BNB10521.

Rekaan jam tangan ini memenuhi kehendak wanita yang inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain namun masih memberi tumpuan kepada reka bentuk mewah dan anggun. Dail dalaman jam ini mempunyai kesan matahari dan di atasnya terdapat 12 penanda jam daripada kristal Swarovski sepadan dengan dail luar yang dibahagikan kepada empat kuadran dan setiap bahagian dilengkapi dengan taburan batu kristal.

Sama seperti rekaan Bonia BNB10521 sebelum ini, jam tangan ini turut diberikan case keluli bulat dengan diameter 34mm. Case keluli tahan karat ini dimeteraikan untuk memberikan ketahanan air dengan ke dalaman 50 meter. Di dalam case ini terdapat pergerakan kuarza Jepun yang tepat dan memberikan kuasa kepada jam tangan ini.

Tidak seperti jam tangan BNB10521, jam tangan ini hadir dengan tetingkap tarikh pada kedudukan tiga jam untuk menawarkan lebih fungsi kepada pemilik jika mereka ingin memilikinya. Selain itu, di atas dail jam tersebut, terdapat tangan jam, minit dan saat. Jam ini turut mempunyai kristal nilam yang berkualiti tinggi dan tahan calar yang telus, jelas dan sempurna.

Koleksi jam tangan ini hadir dengan tiga kombinasi warna yang memukau iaitu rose gold bersama biru, rose gold bersama perak dan hitam bersama burgundy. Jelas sekali, ketiga pilihan ini membolehkan jam tangan ini memberikan pelbagai aura berbeza dengan tali jam yang diperbuat dari kulit melengkapkan rekaan mewah jam tangan ini. Terdapat kilauan reflektif pada tali jam tangan untuk dipadankan dengan dial yang berkilauan.

Sama seperti jam tangan BONIA yang lain, ia boleh di dapati di butik Bonia, Solar Time dan semua peruncit jam di seluruh negara. Untuk pembeli dalam talian, anda boleh membeli jam tangan Bonia di Solar Time.