MEMBINA KEHIDUPAN LEBIH BAIK MENERUSI KECANTIKAN

Syarikat kosmetik bantu gadis kurang berkemampuan bina kerjaya kecantikan.
2 of 2

Program Yayasan L’Oréal

Yayasan L’Oréal mempunyai cita-cita untuk mendidik gadis tanpa akses kepada pendidikan dengan kursus pensijilan kecantikan dan dandanan rambut yang diiktiraf untuk membantu mereka membina kerjaya mereka sendiri untuk kehidupan yang lebih baik. Program ini kini dijalankan di lebih 20 negara di seluruh dunia dengan lebih daripada 30 rakan kongsi utama dan telah memberi manfaat kepada lebih 4,300 penerima di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian, komitmen L’Oréal Malaysia termasuklah mengubahsuai studio dandanan rambut dengan peralatan terkini untuk keselesaan dan kemudahan pelatih dan memberikan kemahiran kepada jurulatih VTOC dengan teknik dan produk terkini daripada L’Oréal Professional. Duta Artistik Profesional L’Oréal turut dijemput untuk memberikan tunjuk ajar dan inspirasi kepada pelatih semasa program latihan.

Selepas program selama 12 bulan, seramai 22 peserta program Beauty For A Better Life 2018 berjaya menamatkan kursus dalam satu majlis meriah yang diadakan di Majlis Olimpik Malaysia dengan dihadiri tenaga pengajar dan ahli keluarga peserta berkenaan. Kesemua 22 graduan turut menerima diberikan sijil pada majlis tersebut. Mereka kini bersedia untuk mencapai cita-cita dalam industri kecantikan dan masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka sendiri.

Sementara itu, Anugerah Pelajar Terbaik telah dinobatkan kepada Slyvia Lyn Francis dari Kuala Lumpur. Dia yang amat gembira mengucapkan terima kasih kepada L’Oreal dan VTOC atas peluang yang diberikan dan menyatakan bahawa dia bersedia menghadapi masa depan dengan lebih yakin.

“Sepanjang satu tahun latihan, kami diberi peluang untuk menghadiri Pameran Rambut dan Kecantikan Antarabangsa untuk memperluas minda kami, selain memberi gambaran yang lebih jelas tentang standard rambut yang digemari pada peringkat antarabangsa! Kami sedar peluang ini diberikan kepada kami kerana kepercayaan korporat L’Oreal terhadap kecantikan dengan objektif, dan ianya adalah bagi mencapai kehidupan yang lebih baik; serta slogan VTOC YWCA iaitu Memperkasa Wanita Muda. Kami sememangnya mendapat inspirasi dan kekuatan untuk menghadapi dunia,” kata Sylvia.

YB Hannah Yeoh (dua dari kiri) semasa program graduasi Beauty For A Better Life 2019.

2 of 2