LORISA™ Titisan Kecantikan iFLAWLESS

iFlawless ialah jenama kecantikan lokal terbaru dipasaran kecantikan.  Terkenal dengan produk signaturnya, iFlawless Minyak Argan Emas, kini ia kembali dengan rangkaian penjagaan wajah  premium yang terbaru berinspirasikan  kecantikan wanita Turki iaitu LORISA.

Seiring  dengan visi iFlawless iaitu mahu dikenali sebagai jenama yang menghasilkan produk kecantikan dan kosmetik yang diformulasikan dengan bahan-bahan alami, Ketua Pegawai Eksekutif Armada Rich Sdn. Bhd, Mohd Azri Aris berkata , iFlawless percaya bahawa produk terbaik dan memberi hasil yang efektif adalah bersumberkan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Dengan menjadikan iFlawless sebagai rejim kecantikan harian, kami yakin bahawa produk kami memiliki manfaat terbaik untuk dikongsi, selain percaya bahawa setiap individu harus meraikan gaya hidup agar berseri secara semula jadi,” katanya.

iFlawless juga menetapkan misi untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kulit wajah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi namun diterjermahkan dengan mudah melalui penghasilan rangkaian produk set penjagaan wajah iFlawless. Didalam set penjagaan wajah tersebut terdapat Facial Serum iFlawless LORISA™”.

LORISA™

Menurut En Mohd Azri lagi, kisah menarik LORISA™ bermula ketika pengasas iFlawless, Puan Nina Nadia Sahim, 29, melawat Turki dan mendapati wanita tempatan di negara itu memiliki kulit yang sempurna.

“Mereka bukan sahaja memiliki kulit yang cantik tetapi berseri, lembut dan lembap. Tentunya sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam industri kecantikan, saya berusaha mencungkil rahsia kecantikan wanita Turki.

“Sekembalinya di Malaysia, pasukan kajian dan penyelidikan mengambil masa hampir setahun untuk memformulasikanramuan terunggul iFlawless iaitu LORISA™, minyak istimewa yang terhasil daripada gabungan empat jenis tumbuhan,”katanya.

LORISA™kaya dengan vitamin E yang mana ia 200 peratus lebih tinggi daripada minyak zaitun. Vitamin E adalah anti oksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas.

SET PENJAGAAN WAJAH

Melihat kepada begitu banyak manfaat LORISA™ terutamanya dalam meningkatkan tahap hidrat dan memperbaiki struktur kulit, menjadikan kulit berseri, licin dan anjal, maka terhasillah rangkaian lengkap penjagaan wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Ia terdiri daripada:

iFlawless Facial Treatment

iFlawless Facial Serum with LORISA™

iFlawless Facial Mask

iFlawless Facial Mist

Set rangkaian penjagaan wajah iFlawless ini dijual pada harga RM250 dan juga dijual secara berasingan bermula pada harga RM55.