LISA SURIHANI WAJAH RASMI JENAMA KOSMETIK TERKENAL MAX FACTOR

LISA SURIHANI WAJAH RASMI JENAMA KOSMETIK TERKENAL MAX FACTOR DENGAN KEMPENNYA #UnlockingRealWomen

Jenama kosmetik global  terkenal iaitu Max Factor kini telah berada di Malaysia. Majlis pelancarannya telah diadakan secara meriah baru – baru ini di salah sebuah lokasi bersejarah iaitu Lot 10, Jalan Tangsi. Pada majlis itu juga, kiosk The Max Factor Beauty House juga dilacarkan berserta pengumuman aktres cantik berbakat, Lisa Surihani sebagai duta rasminya. Seramai 150 orang tetamu yang terdiri daripada barisan media, selebriti, VVIP dan personaliti hadir memeriahkan acara ini dan menyokong kempen #UnlockingRealWomen.

Menurut Pengarah Pemasaran Coty Malaysia, Pink Fong, kedatangan jenama Max Factor ini di Malaysia sangat dinantikan selepas kejayaannya mewarnai pasaran Asia. Bukan itu sahaja, sebagai jenama yang terdahulu menerajui industri kecantikan, jenama ini turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan identiti seseorang wanita dengan berani mengekspresikan keyakinan dirinya dalam apa jua yang dilakukan dan sentiasa maju ke hadapan.

Sempena dengan pelancaran kempen #UnlockingRealWomen ini, satu kolaboroasi telah diadakan bersama wanita yang mempunyai personaliti dan kredibiliti hebat di dalam industri antaranya Kavitha Sidhu, Ling Oo, Lisa Surihani dan Raja Nadia Sabrina.

“Sebagai duta rasmi, kami merasakan pemilihan Lisa sangat bertepatan dengan misi dan visi yang ingin disampaikan kepada wanita di luar sana yang boleh jadikannya sebagai inspirasi. Bukan itu sahaja, perjalanan kisah hidup dan karier seninya juga sesuai dengan kempen  #UnlockingRealWomen, yang mana menjadikan kolaborasi ini sangat bermakna. Kami sangat gembira dan teruja dengan kehadiran Lisa Surihani bersama kami”, kata Pink Fong.

Produk Max Factor dijual secara eksklusif di outlet Watson yang terpilih di seluruh Malaysia dan  juga secara atas talian.