LIMA PEMBERSIH WAJAH UNTUK MERAWAT KULIT KERING

Cuba lima produk pembersih wajah ini untuk kulit yang kekal lembap dan berseri.

Ramai yang menganggap langkah membersihkan wajah ialah sekadar membersihkan kotoran yang melekat.

Ia salah ya! Sebaliknya, proses membersihkan wajah sangat penting kerana ia adalah pemacu bagi memiliki kulit yang sihat dan kekal berseri. Jika salah memilih pembersih wajah yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit anda, maka kulit anda kekal ‘ begitu’ dan tidak nampak hasilnya.

Pembersih Wajah Berfungsi Untuk:

  • Membersihkan wajah daripada segala kotoran seperti debu, sisa solekan dan minyak.
  • Mengawal pengeluaran sebum berlebihan.
  • Mengecilkan liang pori yang besar.
  • Mengembalikan kesegaran wajah.
  • Melembapkan kulit wajah yang kering.

Untuk anda yang berkulit kering, ini ialah lima pilihan pembersih wajah patut dicuba!

1 of 5

 

Neutrogena Deep Clean  Cleansing Oil To Foam

Sesuai untuk menyingkirkan kotoran tanpa meninggalkan kesan berminyak dan melekit pada wajah.

1 of 5