KULIT WAJAH BEBAS CELA TANPA JERAWAT

Ketahui panduan menguruskan kulit yang berjerawat.

Siapa yang tidak mahukan wajah bebas cela dan jerawat? Namun, sebagai wanita anda tidak dapat lari daripada ‘serangan’ jerawat terutamanya ketika anda sedang datang bulan.

Ia adalah perubahan hormon yang normal dan hampir semua wanita mengalaminya. Pun begitu, terdapat beberapa panduan yang anda boleh amalkan untuk mengendali masalah jerawat ini agar ia tidak merebak dan berlarutan. Paling penting, anda patut tahu apakah produk yang sesuai digunakan, cara penjagaan wajah yang tepat dan cara merawatnya.

Jelita sempat menemu bual melalui emel bersama Dr. Sandra Lee atau lebih dikenali sebagai Dr. Pimple Popper iaitu ahli dermatologi Amerika yang terkenal dan pakar dalam penjagaan wajah. Berikut ialah beberapa panduan yang telah dikongsikan olehnya.

Terdapat berapa jenis jerawat? Boleh kongsikan apakah setiap satunya. 

Jawapan: Terdapat beberapa kategori asas iaitu jerawat, bintik hitam dan bintik putih. Bintik hitam dan bintik putih ini ialah yang mana ianya terperangkap di dalam liang pori bersama minyak, lebihan sebum dan sel kulit mati. Apabila anda mendapat jerawat merah ini, ia adaalah kerana bintik hitam dan merah ini tersumbat dek kerana bakteria yang tertinggal. Apabila bakteria ini ingin membesar,  ia akan meningkatkan tekanan di kawasan itu dan anda boleh mendapatkan pustule, yang mana ketika tubuh anda sedang berusaha merekrut sel darah putih untuk menyerang bakteria. Ia dipanggil papules keradangan biasanya merujuk kepada peringkat jerawat yang kedua. Sesetengah orang melalui peringkat ketiga jerawat yang lebih banyak apabila anda mempunyai nodul kista yang jerawat yang lebih mendalam di bawah kulit. Namun, semua jenis jerawat ini tidak akan mengancam nyawa anda.

Apakah rumusan kandungan di dalam produk penjagaan wajah yang harus dielakkan jika anda mempunyai wajah berjerawat? 

Jawapan: Seeloknya, gunakan produk yang mempunyai rumusan non-comedogenic, yang mana ianya tidak akan menyumbatkan liang pori anda. Selain itu, elakkan produk yang mempunyai pewangi yang kuat kerana ia boleh buatkan kulit anda lebih rengsa dan iritasi.

Apakah rutin penjagaan wajah yang disarankan untuk mereka yang mempunyai wajah berjerawat ini?

Jawapan:  Orang yang mempunyai wajah berjerawat ini kebiasaannya mempunyai kulit yang berminyak. Ketahui juga bahawa jerawat turut dipengaruhi oleh genetik. Anda boleh memiliki jenis kulit yang sama dengan ibu bapda anda iaitu kulit berminyak ataupun kering. Selain itu, perubahan hormon turut menyebabkan jerawat. Untuk itu, anda harus tahu dan faham apakah kondisi kulit anda dan daripada situ baru anda rawatnya dengan penggunaan produk dan rawatan yang sesuai.

Adakah rawatan wajah sesuai dilakukan untuk anda ketika wajah mempunyai jerawat? 

Jawapan: Sesuai tetapi janganlah terlalu kerap.