Kulit Bersih Dan Licin Dengan Royal Pine

Impian untuk dapatkan kulit yang licin dan lembut kini boleh jadi kenyataan

Rutin penjagaan wajah yang rapi dapat membantu untuk mendapatkan kulit wajah bersih dan licin yang sememangnya menjadi idaman wanita. Dengan produk penjagaan wajah Alyla, kulit akan tampil lebih bersih dan licin daripada sebelumnya. Kini, hadir dengan rangkaian Royal Pine yang dirumus khas dengan gabungan daripada bahan alami dan teknologi Korea yang unggul ini berfungsi untuk merawat masalah jerawat dan kulit sensitif agar ia kembali berseri.

Rangkaian ini mengandungi bahan aktif seperti Willow Bark, Wintergreen Leaf dan MSM. Kandungan yang terkandung dalam rangkaian ini dapat membantu utnuk mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan, merawat dan memulihkan kembali sel kulit yang telah rosak, melembapkan kulit dan menghaluskan tekstur kulit yang kasar.

Ayunie Harris, model, 21 tahun

Menurut Ayunie Harris yang juga pengguna produk Alyla, dia berjaya memiliki semula kulit yang lebih bersih dan licin dengan rangkaian Alyla Royal Pine selepas penggunaan 4 bulan, dan dia sangat berterima kasih kepada Alyla.

1 of 5

Royal Pine Flawless Duo Cleansing Serum, 70ml, RM68

Ia bertindak sebagai pembersih dan hidrat secara serentak. Serum pembersih duo yang hadir dengan dua lapisan yang berformulasi sebagai pembersih dan serum ini dapat membantu membersihkan sepenuhnya solekan kalis air dan pada masa yang sama, ia membantu untuk menyuburkan dan menghidrat kulit.

Memiliki tekstur yang lembut dan bersifat Hypo allergenic, serum duo ini mengandungi bahan semula jadi dan sesuai untuk kegunaan harian bagi semua jenis kulit. Kulit anda akan terasa lebih bersih dan lembap.

Cara Penggunaan: Goncang botol sebelum digunakan. Tuangkan pada pad kapas dan lap kesan solekan dengan lembut (Biarkan kapas selama 30 saat untuk solekan kalis air). Kemudian, secara perlahan, lapkan sisa solekan yang tinggal.

1 of 5