Koleksi Rias Sempena X-Men: Dark Phoenix

Rise of the Duck untuk solekan lebih memukau.

Pastinya, bagi peminat siri X-Men sudah tidak sabar menantikan tayangan filem terbarunya pada 6 Jun ini.

Sempena dengan itu, jenama lokal terkenal, Duck Cosmetics telah bekerjasama dengan filem ini untuk melancarkan koleksi mekap yang amat unik!

Menurut siaran media dihantar kepada Jelita, Duck Cosmetics sudah nyaris setahun memulakan perbincangan mengenai kolaborasi ini.

“Saya gelarkan (koleksi ini) sebagai Rise of the Duck, sejajar dengan (filem) Dark Phoenix, dengan sedikit sentuhan nakal Duck yang tersendiri. Ia adalah koleksi yang berani merangkumi dua palet pembayang mata dan empat rona gincu.

“Kami telah bekerjasama dengan pakar warna dan pakar formulasi untuk mencipta rona buat palet dan warna gincu berkenaan, supaya ia dapat menghidupkan penampilan dan personaliti dua sisi watak utama, Jean Grey dan Dark Phoenix.

“Menariknya mengenai koleksi ini, ia hadir dalam pek emas kemilau dan turut dijual dalam set yang boleh menjadi bentuk X!” kata D, suara persona bagi Duck Cosmetics.

Bagi menyerlahkan inti pati watak Jean Grey dan Dark Phoenix, Duck Cosmetics telah melancarkan dua palet, dan kedua-duanya saling melengkapi. Disebabkan itu ianya direka dengan ‘tulang belakang’ bermagnet yang boleh digabungkan untuk mencipta siluet lengkap dua personaliti berkenaan.

Palet Ember memaparkan rona terang mewakili personaliti Dark Phoenix. Manakala palet Ashes menawarkan tona lebih subtle untuk mencipta solekan seperti personaliti Jean Grey.

Setiap palet mempunyai lapan tona dengan tekstur berbeza – matte, berkilat dan crystallised duo-chromatic.

Sementara itu, warna gincu ditawarkan juga mempunyai karakter tersendiri dengan pigmentasi tinggi, mudah dilayang pada bibir anda. Diperkaya dengan vitamin E, ia mampu melembapkan pada masa sama, meninggalkan warna yang cukup terang bagi melengkapi riasan wajah anda.

Gincu edisi terhad ini diformulasi dengan teknologi soft blurring bagi mengurangkan garisan bibir, lantas menghadirkan rias bibir yang sempurna. Dapatkannya dalam rona Perfection, Madame, Flare dan Spark.

Palet terbaru ini dijual pada harga RM99 setiap satu tetapi jika anda mendapatkannya dalam satu set, ia dijual pada harga RM160. Sementara itu, gincu berkenaan boleh dibeli dengan harga RM50 setiap satu manakala set gincu dijual pada harga RM160. Anda juga ada pilihan untuk mendapatkan seluruh set pada harga RM320 di kedai Duck dan FashionValet.

 

Set yang boleh diubah menjadi bentuk X.

Rona gincu ‘garang’ melambangkan karakter utama filem X-Men:Dark Phoenix.