Koleksi Indah Musim Raya

Koleksi Bata melengkapi gaya Aidilfitri

Bata Malaysia teruja untuk mempersembahkan koleksi terkini yang dibuat khas untuk musim Raya ini. Koleksi tahun ini mempunyai pelbagai jenis kasut yang kontemporari namun menggabungkan gaya glamor untuk setiap ahli keluarga.

Bertemakan bond dalam gaya raya ini, Bata Malaysia bekerjasama dengan pasangan selebriti terkenal, Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk mempromosikan koleksi hebat tahun ini sebagai duta kempen.

Amyra Rosli baru-baru ini menamatkan drama popularnya di TV3 Nur2 manakala Rama lakonan Amar Baharin, Jodoh Jodoh Anissa akan ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi. Mesmerising kolaborasi demean Bata, pasangan selebriti ini dilihat cukup secocok bagi mempersonifikasikan identiti Bata. Amyra dan Amar mewakili pasangan ideal yang berjaya dalam karier masing-masing dan menyokong imej positif dalam semua aspek kehidupan mereka.

Luxe moden & trend kontemporari untuk wanita

Wanita yang inginkan gaya minimalis dengan sedikit luxe moden dalam persalinan raya anda tahun ini, boleh dapatkan koleksi terbaru Bata yang sempurna dan memenuhi keperluan mereka. Diwarnai dengan bahan berkualiti tinggi seperti suede, satin dan juga denim yang memberikan keselesaan bergaya yang terbaik. Koleksi kasut wanita ini berharga RM79 hingga RM149.

Pilihan trendy dan serbaguna untuk lelaki

Harga yang menakjubkan! Sama ada anda pergi melawat keluarga, rakan-rakan atau menghadiri hadiri majlis keagamaan, pelbagai kasut yang ideal boleh digayakan untuk setiap majlis mengikut kesesuaian. Pada tahun ini, Bata mempersembahkan brogues, moccasins, loafers, kasut bertali bersama dengan pelbagai sandal dan slider suede dan bahan PU. Ini boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru gelap, klasik hitam atau edgy khaki. Koleksi kasut lelaki ini berharga RM59 hingga RM159.

Musim berkilau untuk si kecil

Mengekalkan rekaan kasutnya untuk memenuhi keperluan seisi keluarga, Bata Malaysia memperkenalkan satu barisan baru kasut yang comel untuk anak kecil sempena Hari Raya! Mantapkan suasana berkilauan musim perayaan dengan tawaran terkini iaitu kasut yang menyala dengan setiap langkah. Selain itu, terdapat juga koleksi klasik ballerina dan sandal untuk puteri bersama kasut loafers dan slip formal untuk lelaki. Koleksi kanak-kanak pula berharga antara RM39.90 hingga RM129.

Aksesori penting buat wanita 

Terdapat juga jenama Marie Claire dan Prive yang bergaya dan boleh melengkapkan sebarang pakaian perayaan. Pada tahun ini, Bata Malaysia memperkenalkan pelbagai beg tangan dalam bentuk bunga bunga yang dipadankan dengan rantaian tali emas bersama dengan beg sandang yang begitu sempurna untuk bawa barang wajib anda semasa musim Raya. Bagi lelaki, Bata Malaysia memperkenalkan pelbagai beg dalam trend terkini. Ini termasuk beg utusan serta tas pinggang yang mempunyai banyak ruang penyimpanan dan pelbagai fungsi. Koleksi beg itu berharga ini bermula antara RM69.99 hingga RM149.

Layari juga Neelofa Serlahkan Kempen Raya Swarovski